E-mel: noorisa@dbp.gov.my
Tel: 03-21470205
E-mel:hfauziah@dbp.gov.my
Tel: 03-21470213
Menawarkan kursus dalam bidang bahasa yang berkualiti untuk jabatan, sektor, awam, swasta, individu, penulis, editor, dan masayarakat umum.
Membina jaringan kerjasama kebahasaan dengan institusi di dalam dan di luar negara.
Sinopsis
Kursus yang dianjurkan ini dibahagikan kepada tiga bahagian, yang pertama berkaitan dengan pengurusan majlis yang merangkumi majlis rasmi dan tidak rasmi. Keduanya ialah struktur praperancangan majlis yang melibatkan pelantikan jawatankuasa, tema serta tentatif majlis. Bahagian terakhir pula akan membincangkan secara terperinci tentang itu pengurusan pentas. Kursus ini terbuka untuk staf DBP dan orang awam serta dilaksanakan secara bersemuka selama dua hari.
Objektif
Memberikan tunjuk ajar kepada peserta tentang peraturan dan tatacara untuk mengendalikan majlis agar dapat diuruskan dengan teratur dan sempurna.
Mengenal pasti perkara penting dalam mengendalikan majlis rasmi dan tidak rasmi, struktur praperancangan majlis dan pengurusan pentas.
Memberikan penjelasan dan pemahaman yang menyeluruh kepada staf yang akan mengendalikan sesebuah majlis, sekali gus mencapai tahap piawaian protokol majlis.
Kandungan
Pengurusan Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi
Struktur Praperancangan majlis (Pelantikan Ahli Jawatankuasa)
Struktur Praperancangan Majlis (Tema Majlis dan Tentatif Majlis)
Apakah itu Pengurusan Pentas?
Struktur Jawatankuasa Pentas
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
Membanyakkan peserta daripada pelbagai agensi/syarikat yang mahir menguruskan majlis dengan teratur dan sempurna berdasarkan tahap piawaian protokol majlis.
Ilmu yang berkaitan dengan tugas supaya mereka dapat menambahkan pengetahuan dari masa ke masa.
Sinopsis
Kursus ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik bercerita kanak-kanak, dengan tumpuan kepada pengenalpastian bahan cerita, teknik penyampaian, penggunaan alat bantu bercerita, dan penggunaan kostum dalam persembahan. Kursus ini terbuka untuk orang awam dan dilaksanakan secara bersemuka selama dua hari.
Objektif
Memperkenalkan eleman bercerita, antaranya termsuklah modulasi vokal, ekspresi gerak badan dan muka, bunyi-bunyian, sebutan serta penggunaan jeda.
Menggarap teknik bercerita iaitu "cerita", "pencerita" dan "penonton" untuk menghasilkan penceritaan yang lebih efektif dan menarik.
Membimbing peserta untuk membina alat bantu bercerita mereka sendiri melalui teknik yag mudah dengan menggunakan pelbagai bahan.
Kandungan
Pengenalan/Definisi Cerita kanak-Kanak
Mengenal pasti Bahan Cerita
Teknik Penyampaian Cerita
Penggunaan Alat Bantu Bercerita
Penggunaan Kostum
Penyampaian Cerita yang Menarik dan Berkesan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
Mengetengahkan teknik bercerita yang betul akan dapat memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak, di samping pencerita menyampaikan cerita atau kandungan buku dengan berkesan dan menyeronokkan.
Memperkayakan pengetahuan peserta melalui teknik penceritaan dengan pemilihan cerita yang sesuai mengikut kebolehan dan minat peserta.
Menyampaikan cerita yang menepati cita rasa kanak-kanak.