Sistem ini merupakan sistem bantuan pepasangan kepada anggota bomba dalam memudahkan hubungan dengan bilik kawalan kebakaran. Ianya juga boleh digunakan oleh penghuni untuk berhubung dengan bilik kawalan sekiranya dalam situasi kecemasan. Kedudukan telefon bomba adalah di tangga menentang kebakaran, bilik pam, bilik jana kuasa dan bilik motor lif. Telefon bomba ini juga boleh dicantumkan dengan sistem siaraya sedia-ada yang boleh digunakan untuk memberi arahan kepada keseluruhan bangunan melalui sistem siaraya bangunan.