Dalam sistem pepasangan keselamatan kebakaran terdapatnya sistem bantuan menentang kebakaran. Sistem bantuan menentang kebakaran ini juga merupakan tambahan sistem dari sedia ada untuk lebih efisien. Keperluan kepada sistem ini juga penting bagi sesuatu kawasan yang mana kawalan daripada jadual ke-10 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 tidak dapat digunakan tetapi masih ada kemerbahayaan kepada bangunan tersebut dan juga anggota penyelamat dalam operasi memadam kebakaran. Sebagai contoh, Sistem Pengurusan Asap ataupun smoke spill system. Sistem pengurusan asap adalah satu elemen yang penting untuk penghuni melepaskan diri dalam keadaan asap yang memenuhi ruang. Sistem ini digunakan secara mekanikal ataupun semula jadi. Sesuatu ruang yang tertutup perlunya ada sistem pengurusan asap yang baik bagi membolehkan penghuni melepaskan diri. Bagi keperluan pepasangan ini untuk anggota bomba pula membolehkan mereka memasuki ruangan tersebut untuk memadam punca kebakaran tanpa halangan kepulan asap yang tebal.
Selain itu juga, pengeluaran asap panas ini juga mengurangkan kemerebakan api dalam ruangan terkepung agar tidak merebak. Merujuk kepada MS 1780 Tahun 2005 sesuatu kawasan di bawah tanah seperti kawasan tempat letak kereta yang melebihi 1,000 meter persegi yang mana ruangan tertutup perlu diadakan sistem pengurusan asap. Kemasukan udara dan pengeluaran asap boleh dikawal dari bilik kawalan melalui panel penggera kebakaran. Sekiranya kawasan tersebut kurang daripada 1,000 meter persegi, satu pengudaraan asap juga perlu diadakan dengan bukaan semula jadi bagi pengudaraan baru adalah 2.5% daripada luas lantai kawasan tersebut. Tugas sistem pengudaran ini adalah untuk memastikan laluan keluar dari bangunan itu selamat digunakan.
Sistem pengurusan asap ini membolehkan asap panas bergerak keluar daripada bangunan dengan cepat seterusnya mengurangkan kemerebakan. Tugas kipas ekzos adalah menyedut keluar asap melalui atas atau sisi bangunan mengikut reka bentuk jurutera manakala udara semula jadi atau fresh air akan menolak dan menggantikan asap panas dari bawah. Seperti yang kita lihat pada gambar raja disebelah fresh air atau udara segar akan ditolak masuk ke ruangan tersebut manakala sistem exhaust akan menyedut asap keluar melalui gegelung tertahan api yang berketahanan 1 jam di atas ceiling dan membuang asap tersebut keluar daripada bangunan. Ini akan mengurangkan kemerebakan api yang lebih besar atau reka bentuk pengurusan asap ini akan menghalakan kemerebakan ke kawasan yang kurang berisiko atau menjauhi laluan keluar atau masuk sesebuah bangunan.