Sistem pepasangan tetap gas. Selain daripada sistem pemadaman menggunakan air, terdapat juga kawasan atau ruangan yang sensitif atau kurang berkesan dengan medium pemadaman air. Sistem pepasangan keselamatan kebakaran jenis ini menggunakan gas. Lokasi penempatan sistem ini melibatkan ruangan elektrikal dan mekanikal seperti bilik transformers, bilik suis utama dan bilik jana kuasa.
Terdapat juga kawasan lain selain daripada bilik elektrikal dan mekanikal ini seperti ruangan pembedahan, penyimpanan dokumen yang memerlukan kelembapan yang rendah seperti akib ataupun bilik fail. Sistem pepasangan ini selalunya dipasang di kawasan yang tidak berpenghuni. Ini kerana apabila sistem ini dilepaskan, tujuannya adalah untuk mengurangkan kepekatan oksigen sehingga takat kebakaran itu berhenti. Sistem pemasangan yang popular di negara kita adalah jenis menggunakan gas karbon dioksida, namun kini terdapat sistem pemasangan tetap yang lebih baik menggunakan gas jenis FM 200 atau IG55.