Lif Bomba adalah merupakan sistem pengangkutan yang terpenting bagi akses kepada tingkat-tingkat bagi premis bangunan yang melebihi ketinggian 18.5 meter. Rujukan ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Kecil 243. Lif Bomba merupakan pengangkutan ketika berlaku kecemasan dalam bangunan. Pasukan bomba akan mengaktifkan Lif ini kepada Fireman Mode dengan menghidupkan switch yang selalunya terletak berhampiran pintu lif yang terletak di ruangan akses menentang kebakaran dari paras lantai tertuan untuk ke tingkat yang berlakunya kecemasan. Lif ini juga dilengkapi dengan kuasa pendua yang menggunakan sistem jana kuasa sekiranya bekalan kuasa elektrik terputus. Saiz lif bomba adalah 2 kali lebar daripada saiz lif biasa. Ini bagi memudah anggota bomba untuk membawa usungan mangsa dan juga peralatan kebombaan. Bagi bangunan yang besar, keperluan lif bomba ini adalah bergantung kepada jarak antara satu lif bomba ke satu lif bomba yang lain. Yang mana jarak itu tidak melebihi 61 meter. Ruangan ases menentang kebakaran ini adalah terdapatnya tangga keselamatan, sistem pancur basah atau kering dan suiz pengasingan elektrik, yang mana kawasan tersebut dilindungi dengan dinding batu-bata dan pintu ketahanan api 2 jam.