Diakhir pembelajaran, murid boleh :
Menggunakan arahan SQL yang melibatkan SELECT, SELECT ..... WHERE dan SELECT ..... ORDER BY.
Perisian aplikasi DBMS (Sistem Pengurusan Pangkalan Data) menggunakan arahan SQL untuk mencapai data dan rekod yang disimpan dalam pangkalan data.
SQL (Structured Query Language) :
Bahasa pengaturcaraan aras tinggi generasi ke-4.
Bahasa komputer yang ringkas dan mudah dibaca.
Mempunyai sintaks (arahan) yang terhad yang mesti diikuti.
Sintaks ialah set peraturan yang menetapkan set arahan yang boleh digunakan. Ini merujuk kepada kaedah penulisan arahan - arahan tersebut dalam bentuk ayat yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh DBMS.
Sintaks bagi SQL adalah dalam Bahasa Inggeris.
Arahan - arahan yang sering digunakan ialah
SELECT .......
SELECT ....... WHERE
SELECT ....... ORDER BY
Contoh pernyataan - pernyataan SQL yang akan dibincangkan akan menggunakan entiti MURID di bawah.
Memilih atribut yang dikehendaki berdasarkan entiti yang telah ditetapkan.
Contoh 1 : SELECT ...... FROM
Memilih 2 atribut sahaja iaitu ID_Murid dan Nama_Murid daripada entiti MURID.
SELECT ID_Murid, Nama_Murid
FROM MURID
Output yang terhasil bagi pernyataan SELECT .... FROM
Contoh 2 : SELECT * FROM
Memilih semua atribut daripada entiti MURID.
SELECT *
FROM MURID
Output yang terhasil bagi pernyataan SELECT * FROM
Memilih atribut - atribut yang dikehendaki berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Contoh : SELECT ....... FROM ......... WHERE......
Memilih atribut Nama_Murid, Jantina dan Kaum berdasarkan kriteria PEREMPUAN dalam entiti MURID.
SELECT Nama_Murid, Jantina, Kaum
FROM MURID
WHERE Jantina = "PEREMPUAN"
Output yang terhasil bagi pernyataan SELECT ...... FROM ...... WHERE
Penulisan kriteria PEREMPUAN perlu mempunyai simbol pembuka dan penutup kata ( " " ).
Ralat sintaks akan berlaku sekiranya tanpa simbol tersebut.
Memilih atribut - atribut tertentu dan data yang dicapai akan diisih mengikut susunan menaik (ASC) atau menurun (DESC) berdasarkan satu atau lebih medan isihan.
ASC : rekod - rekod diisih secara menaik mengikut susunan abjad A-Z berdasarkan medan isihan.
DESC : rekod - rekod diisih secara menurun mengikut susunan abjad Z-A berdasarkan medan isihan.
Contoh : SELECT ....... FROM..... WHERE ..... ORDER BY
Memilih atribut Nama_Murid, Jantina dan Kaum berdasarkan kriteria PEREMPUAN dengan isihan MENAIK dalam entiti MURID.
SELECT Nama_Murid, Jantina, Kaum
FROM MURID
WHERE Jantina = "PEREMPUAN"
ORDER BY Nama_Murid ASC
Output yang terhasil bagi penggunaan ASC
Mengisih data secara menaik.
Data bagi atribut Nama_Murid telah diisih secara menaik (A-Z).
Memilih atribut Nama_Murid, Jantina dan Kaum berdasarkan kriteria PEREMPUAN dengan isihan MENURUN dalam entiti MURID.
SELECT Nama_Murid, Jantina, Kaum
FROM MURID
WHERE Jantina = "PEREMPUAN"
ORDER BY Nama_Murid DESC
Output yang terhasil bagi penggunaan DESC
Mengisih data secara menurun.
Data bagi atribut Nama_Murid telah diisih secara menurun (Z-A).
Merupakan satu permintaan atau panggilan sesuatu data dalam pangkalan data.
Kelebihan : dapat mencapai data dari dua atau lebih jadual (TABLE).
Dapat dihasilkan dengan menggunakan pernyataan - pernyataan SQL.
LANGKAH 1 : Klik Create di bar Menu, kemudian klik Query Design.
LANGKAH 2 : Pilih entiti MURID dan klik Add.
LANGKAH 3 : Jadual MURID telah ditambah.
LANGKAH 4 : Klik View dan pilih SQL View.
LANGKAH 5 : Taip pernyataan SQL seperti di bawah dalam Query1, kemudian klik Run.
SELECT *
FROM MURID
LANGKAH 6 : Data yang dicapai akan terpapar dalam Query1. Halakan kursor tetikus pada perkataan Query1 dan klik kanan tetikus, kemudian klik Save.
LANGKAH 7 : Tetingkap Save As terpapar. Tukarkan nama Query1 kepada PERTANYAAN1 dan klik OK.
LANGKAH 8 : Paparan berikut menunjukkan query SELECT * yang telah disimpan dan paparan data yang dicapai.
Lancarkan perisisan aplikasi Microsoft Access.
Hasilkan entiti MURID dan entiti GURU_PENASIHAT seperti yang ditunjukkan disebelah.
Berdasarkan pertanyaan - pertanyaan SQL yang anda pelajari, hasilkan PERTANYAAN 1, PERTANYAAN 2, PERTANYAAN 3 dan PERTANYAAN 4 seperti di bawah.
Setelah berjaya, tunjukkan kepada guru anda untuk disemak.
Rujukan :
Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3
Blog abdmuainazizsmkbg