Diakhir pembelajaran, murid boleh :
Mengenal pasti dan menerangkan kekunci primer dan kekunci asing.
Kekunci Primer
Atribut dengan nilai unik.
Data - data tidak boleh berulang / sama / kosong (null).
Digunakan untuk mengenal pasti rekod dalam jadual.
Setiap entiti mempunyai sekurang-kurangnya satu kunci primer.
Biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri jadual.
Kekunci Asing
Atribut dalam jadual hubungan.
Atribut yang merupakan kekunci primer bagi satu jadual hubungan yang lain.
Mengaitkan dua atau lebih entiti yang mempunyai hubungan.
Mengaitkan rekod-rekod dari dua atau lebih jadual yang mempunyai hubungan.
Biasanya terletak pada medan kedua sebelah kiri jadual selepas kekunci primer.
KEPENTINGAN KEKUNCI PRIMER
Memelihara integriti data.
Mengelakkan pertindihan rekod lama dan baharu.
Memberi nilai unikuntuk simpanan data.
Menjimatkan ruang storan.
PERBEZAAN
Input
Kekunci primer : Tidak terima nilai kosong (null).
kekunci asing : Boleh terima nilai kosong (null).
Bilangan Kunci Dalam Jadual
kekunci primer : Satu sahaja.
Kekunci asing : Blh lebih daripada satu.
IHSAN DARIPADA :
CIKGU SITI HASNIH BINTI TANALOL
(GURU ASK SMK TAMAN FAJAR, SANDAKAN,SABAH)
Rujukan :
Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3
Blog abdmuainazizsmkbg
Youtube (Pendidikan)