Diakhir pembelajaran, murid boleh :
Membina pangkalan data yang terdiri daripada :
Entiti ( table )
Atribut ( field )
Hubungan
Pangkalan data dibina dengan menggunakan perisian sistem pengurusan pangkalan data / DBMS (Database Management System)
Contoh perisian :
Microsot Access
Microsoft's SQL Server
Oracle
Paradox
Informix
DB2
Dbase III Plus
FoxBASE Plus
Sybase
Postgress
MySQL
Setiap perisian dilengkapi dengan alatan perisian (software tools) yang membolehkan pengguna :
Membangunkan,mengurus dan menyelenggara pangkalan data.
Mengawal capaian data yang disimpan dalam pangkalan data.
Pengenalan kepada perisian aplikasi Microsot Acces, klik https://www.youtube.com/watch?v=WGXYjBC8hGI
Mewakili satu entiti.
Bahagian lajur (atau medan) mewakili atribut - atribut entiti tersebut.
Menyimpan data mengikut baris yang dipanggil rekod.
Meminta data tertentu daripada satu lebih jadual (table).
Data boleh dicetak atau dipaparkan.
Data yang dipaparkan boleh dibuat perubahan.
Merupakan antara muka pengguna.
Memudahkan kemasukan data.
Memaparkan data daripada satu atau lebih jadual (table).
Memaparkan data daripada query.
Mengubah data yang dipaparkan.
Fungsi : papar, input, edit dan hapus data.
Laporan disediakan berdasarkan jadual (table) atau pertanyaan (query).
Data boleh dicetak atau dianalisis dalam pelbagai aspek.
SMK Sinar Gemilang mengalami masalah untuk mendapatkan analisis keputusan peperiksaan murid - murid di sekolah tersebut dengan cepat kerana murid - murid perlu dikira secara manual. Bagi menyelesaikan masalah ini, anda bercadang untuk menghasilkan Sistem Maklumat Peperiksaan atau dikenali sebagai SisMaP.
Pangkan data dibina untuk menghasilkan analisis keputusan peperiksaan dengan cepat.
Entiti MURID
Entiti MARKAH
Entiti : MURID
Atribut : ID_Murid, Nama_Murid, Jantina, Kaum, Nama_Kelas, Nama_Guru_Kelas
Entiti MARKAH
Atribut : ID_Markah, ID_Murid, BM, BI, SN, MATE, SEJ, GEO, ASK
Entiti : MURID
Kekunci primer : ID_Murid
Entiti MARKAH
Atribut : ID_Markah, ID_Murid
Kekardinalan
Hubungan one to man
Membina dua jadual (table) berdarkan entiti MURID dan entiti MARKAH.
Membina dua borang (form) berdasarkan jadual - jadual yang dibina.
Membina beberapa pertanyaan (query) berdasarkan entiti MURID dan entiti MARKAH menggunakan SQL.
Menghasilkan laporan (report) berdasarkan pertanyaan (query).
Membina jadual (table) untuk simpanan data bagi sesuatu entiti.
Mencipta medan - medan (lajur-lajur berjadual) untuk mewakili atribut - atribut bagi entiti.
Medan (atribut) tersebut perlu ditetapkan jenis data yang bersesuaian.
Jenis - jenis data :
AutoNumber : Menjana pembilang secara automatik dalam susunan menaik.
Text / Short Text : Maksimum panjang aksara ialah 255 sahaja.
Memo / Long Text : Boleh simpan teks sehingga 1 Gigabait.
Number : Menyimpan nilai angka sahaja.
Date / Time : Nilai tarikh dan masa, bermula 100 hingga 9999.
Panduan membina jadual dan mencipta medan ,klik https://www.youtube.com/watch?v=PBhftKTmdHI&t=1s
Mewujudkan hubungan antara jadual (entiti).
Klik dan seret tetikus daripada kekunci primer bagi table pertama pada kekunci primer bagi table kedua untuk hubungan 1:1.
Klik dan seret tetikus daripada kekunci primer bagi table pertama pada kekunci asing bagi table kedua untuk hubungan 1:M.
NOTA
Entiti = table , atribut = field
Himpunan atribut dikenali sebagai rekod.
Himpunan rekod dikenali sebagai entiti.
Perisian Microsot Access TIDAk membenarkan nama atribut mengandungi simbol seperti titik (.), tanda seruan (!) dan sama dengan (=).
Dalam Microsoft Access, nama bagi atribut yang lebih daripada satu perkataan BOLEH dijarakkan, TETAPI dalam penulisan SQL TIDAK boleh dijarakkan.
Tiada had maksimum untuk bilangan entiti yang ingin dibina kerana ia bergantung kepada keperluan pangkalan data tersebut.
Sila rujuk buku teks, halaman 129 - 138 sebagai panduan membina jadual (table).
Lancarkan perisian aplikasi Microsoft Access.
Bina Pangkalan Data TUGASAN1
Bina satu jadual (table) mudah dengan nama entitinya PENJAGA. Formatkan nama medan (Field Name) dan jenis data (Data Type) mengikut kriteria berikut:
Field Name 1 : ID_Penjaga Data Type : Short Text ( Jadikan ID_Penjaga sebagai kunci primer (primary key)
Field Name 2 : Nama Data Type : Short Text
Field Name 3 : Hubungan Data Type : Short Text
Field Name 4 : NoTel Data Type : Short Text
Bina satu jadual (table) yang kedua dengan nama entitinya PELAJAR. Formatkan nama medan (Field Name) dan jenis data (Data Type) mengikut kriteria berikut:
Field Name 1 : ID_Pelajar Data Type : Short Text ( Jadikan ID_Penjaga sebagai kunci primer (primary key)
Field Name 2 : Nama Data Type : Short Text
Field Name 3 : TarikhLahir Data Type : Date / Time
Field Name 4 : Jantina Data Type : Short Text
Field Name 5 : Kaum Data Type : Short Text
Field Name 6 : Agama Data Type : Short Text
Field Name 7 : ID_Penjaga Data Type : Short Text
Masukkan data bagi kedua - dua jadual (table) tersebut.
Ciptakan perhubungan antara jadual PENJAGA dengan jadual PELAJAR , kekardinalan 1:M . Ia bermakna seorang penjaga mempunyai satu atau lebih anak di sekolah tersebut.
Selaku Pengerusi dan Naib Pengerusi Kelab Komputer, anda diminta oleh guru penasihat untuk membangunkan sebuah Pangkalan Data Kehadiran.
Berdasarkan pernyataan di atas, anda diminta untuk mengenal pasti perkara - perkara yang berikut :
Dua entiti Pangkalan Data Kehadiran.
Atribut - atribut bagi kedua - dua entiti.
Hubungan kekardinalan bagi kedua - dua entiti.
Berdasarkan perkara (1) , bina Pangkalan Data Kehadiran dengan menggunakan perisian aplikasi Microsoft Access.
Setelah berjaya membina pangkalan data, tunjuk kepada guru anda untuk disemak.
Rujukan :
Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3
Blog abdmuainazizsmkbg
Youtube (Pendidikan)