Diakhir pembelajaran, murid boleh :
Menghasilkan borang (form) dan memasukkan data dalam jadual melalui borang bagi pangkalan data yang telah dibina.
Borang berperanan menyusun dan mengurus rekod - rekod dalam pangkalan data dengan lebih efisien.
Antara pengurusan rekod tersebut ialah memasukkan, memaparkan data dan rekod dalam jadual dan mengubah suai data dengan mudah kerana borang berfungsi sebagai antara muka pengguna yang interaktif.
Pada menu bar, klik Create. Kemudian, klik Form Wizard.
Pilih jadual (table) MURID dan klik >> untuk memilih semua medan yang ada dalam jadual.
> bermaksud pindah medan yang diklik kepada ruangan medan (selected fields) terpilih.
>> bermaksud pindah semua medan yang sedia ada dalam jadual kepada ruangan medan terpilih (selected fields).
< bermaksud pindah balik medan yang diklik kepada ruangan medan telah sedia ada (available fields)
<< bermaksud pindah balik semua medan kepada ruangan medan telah sedia ada (available fields).
Klik Next untuk langkah seterusnya.
Klik butang radio Columnar untuk kaedah susun atur. Kemudian klik Next. Jenis susun atur terdiri daripada :
Columnar : Rekod dipaparkan satu demi satu.
Tabular : Semua rekod dipaparkan dalam bentuk jadual.
Datasheet : Semua data dipaparkan dalam bentuk helaian data.
Justified : Semua medan (fields) disusun pada baris - baris blok yang mempunyai margin kiri dan kanan yang tetap.
Klik shorturl.at/GHQSY untuk melihat susun atur columnar.
Namakan borang (form) tersebut. Nama borang (form) tidak semestinya sama dengan nama jadual (table). Sebarang nama boleh diletakkan. Kemudian klik Finish.
Borang MURID berjaya dihasilkan. Bilangan rekod yang ditunjukkan adalah sama dengan bilangan rekod yang ada dalam jadual MURID. Rujuk Rajah 5.
Berikut menerangkan butang - butang yang terdapat pada bahagian bawah borang.
Jika ingin mengubah suai reka bentuk borang ( form ) mengikut pilihan anda sendiri , boleh tontoni video pada pautan di bawah.
Rajah 1
Rajah 2
Rajah 3
Rajah 4
Rajah 5
Pada menu bar, klik Create. Kemudian, klik Form Wizard.
Pilih jadual MURID dan klik butang >> untuk memilih semua medan.
Kemudian piliha jadual MARKAH dan klik butang >>.
Pilih Form with subform(s).
Kemudian, klik Next.
Tutorial lanjut, klik shorturl.at/itOVX
Terdapat 2 pilihan susun atur subform iaitu Tabular dan Datasheet.
Kemudian, klik Next.
Namakan borang (Form) sebagai Borang Murid dan Subform sebagai Borang Markah.
Kemudian, klik Finish.
Borang Murid dan Borang Markah (Subform) telah berjaya dihasilkan.
Borang ini memudahkan pengguna memasukkan data untuk dua jadual tanpa perlu memasukkan ID_MURID iaitu kunci primer secara berulang
Rajah 5
Rajah 1
Rajah 2
Rajah 3
Rajah 4
Klik ikon seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.
Kini anda boleh memasukkan data dalam ruangan kosong.
Anda juga boleh memasukkan data untuk 2 jadual iaitu borang MURID dan borang MARKAH (Subform)
Mula masukkan data murid dan data markah ke dalam ruangan kosong.
Ruangan ID_Murid pada borang MARKAH tidak perlu dimasukkan kerana kemasukannya secara automatik berdasarkan ID_Murid dalam borang MURID.
Tekan Enter untuk kemasukan data seterusnya.
Kemasukan secara terus ke dalam jadual (table).
Kemasukan melalui borang (form).
Tutorial penambahan rekod ke dalam jadual dengan menggunakan borang, klik goo.gl/YyJgNa
Rajah 1
Rajah 2
Rajah 3
Jadual di atas menunjukkan satu rekod pesakit.
Berdasarkan maklumat pada jadual tersebut, anda diminta untuk mengenal pasti dua entiti dan atribut - atribut yang sesuai.
Seterusnya, anda dikehendaki membina pangkalan data bagi hasil dapatan anda dalam soalan 2.
Setelah berjaya membina pangkalan data, anda perlu menghasilkan borang dan memasukkan data ke dalam jadual melalui borang yang dibina.
Akhir sekali, masukkan data baharu ke dalam jadual (table) melalui borang (form).
Rujukan :
Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3
Youtube (Pendidikan)