Diakhir pembelajaran, murid boleh :
Mengenal pasti dan menjelaskan kekardilan ( cardinality ) antara entiti dalam hubungan :
one to one (1 : 1 )
one to many ( 1 : M )
KEKARDINALAN ( CARDINALITY )
Merujuk kepada hubungan antara entiti - entiti dalam satu pangkalan data.
Hubungan anatara dua entiti, biasanya diwakili menggunakan kata kerja.
Terdapat tiga jenis iaitu :
one to one (1 : 1 )
one to many ( 1 : M )
many to many ( M : N ) - tidak dipelajari dalam sukatan mata pelajaran ASK
Dalam gambar rajah perhubungan entiti ( Entity Relationship Diagram - ERD ), hubungan dilukis dalam bentuk simbol rombus.
HUBUNGAN ANTARA DUA ENTITI
CONTOH 1 : one to one ( 1 : 1 )
Seorang pengetua akan menguruskan sebuah sekolah dan sebuah sekolah akan hanya mempunyai seorang pengetua.
Ini bermaksud dalam pangkalan data hubungan, setiap rekod dalam satu jadual mempunyai hubungan dengan satu rekod dalam jadual yang lain.
CONTOH 2 : one to many ( 1 : M )
Seorang murid dapat meminjam banyak buku tetapi sebuah buku hanya boleh dipinjam oleh seorang murid sahaja.
Ini bermaksud dalam pangkalan data, setiap rekod dalam satu jadual mempunyai hubungan dengan satu atau lebih rekod dalam jadual yang lain.
Rujukan :
Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3
Blog abdmuainazizsmkbg
Youtube (Pendidikan)