PERKAITAN ANTARA FALSAFAH ABBAS IBN FIRNAS DAN MODEL TYLER&TABA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN KSSR
- Melalui 4 prinsip asas Tyler dan pendapat Taba, pengalaman dapat menyebabkan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
- Bagi Abbas Ibn Firnas sendiri pengalaman dalam melakukan penerbangan pertama yang berjaya dengan menggunakan jubahnya sahaja menyebabkan beliau berfikir untuk mencipta alat yang dapat membawa manusia untuk terbang.
- Bukan itu sahaja, pengamatan beliau terhadap alam sewaktu beliau melihat burung terbang di langit telah mencipta pengalaman padanya untuk memungkinkan bahawa manusia juga dapat terbang mengikut cara burung terbang.
- Pengalaman-pengalaman ini telah menyebabkan kajian yang lebih mendalam dilakukan untuk menghasilkan satu produk yang dapat menyokong hipotesis awal yang dibuat. Tindakan ini merupakan tindakan ahli sains.
- Bermula daripada pemerhatian tentang alam semulajadi, kajian tentang burung, yang akhirnya mendorong dirinya untuk melakukan uji kaji secara saintifik.
FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, peyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global
- Potensi pelajar dapat digilap apabila melalui banyak pengalaman-pengalaman yang dapat menyebabkan pelajar menimba ilmu pengetahuan.
- Melalui pengalaman yang telah diperoleh, ini dapat merangsang pemikiran kritis dan membolehkan pelajar bertindak kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah.
- Berdasarkan perkaitan yang telah dibuat, kita dapat melihat bahawa matlamat Falsafah Pendidikan Malaysia dan KSSR dapat dicapai dalam diri pelajar kini sepenuhnya dengan adanya pengalaman dalam pembelajaran.