Namanya Abu al-Qasim Abbas ibn Firnas ibn Wirdas al-Takurini (810–887)
Lebih dikenal Abbas Ibn Firnas (Arabic: عباس بن فرناس), namun di barat beliau dikenali dengan sebutan Afernas dan Armen Firman.
Seorang ilmuwan berasal dari Andalusia yang memahami berbagai disiplin ilmu, seorang sasterawan dan penyair, ahli muzik Andalusia, ahli fizik, ahli kimia, dan ahli astronomi.
Menurut Ben Thompson dan Erik Slader (2018), Abbas Ibn Firnas adalah ahli matematik, jurutera, ahli kimia dan pencipta muslim yang telah merancang segalanya dari membina jam air ke carta bintang astronomi dan membangunkan proses untuk memotong kristal batu.
Lahir di Izn-Rand Onda, Al-Andalus (Sekarang: Ronda, Sepanyol), hidup pada masa pemerintahan Bani Umayyah di Cordova dan dikenal sebagai seorang yang berhasil melakukan penerbangan pertama (Samuel, 2008).
Walaupun Abbas Ibn Firnas berasal dari Ronda, beliau akhirnya berhijrah ke Cordova bagi melanjutkan pembelajarannya.
Pada tahun 875, Abbas Ibn Firnas melakukan penerbangan pertama dengan menggunakan alat penerbangannya sendiri (Bronson Lemer, 2011).
Sebahagian besar ahli sejarah mengatakan bahawa beliau telah meninggal pada tahun 887 di bawah pemerintahan Al Mundhir.
Sumber: Google Image
Sumber: Google Image
Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=NT6c8DdK6O4