Sains dan teknologi merupakan antara aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian.
Hasil pembangunan dalam bidang tersebut telah membuatkan dunia kian pesat membangun berbanding puluhan tahun yang lalu.
Inovasi yang amat canggih telah membuatkan kehidupan kita semakin mudah dan berkualiti.
Inovasi dalam bidang sains dan teknologi maklumat merupakan penyumbang terbesar keatas kemajuan tamadun dunia.
Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun dunia.
Tamadun Islam telah melahirkan ribuan ulama’ yang pakar dalam pelbagai bidang seperti falsafah, sains, politik, kesusasteraan, sains sosial, keagamaan dan perubatan.
Tambahan pula, kepakaran kaum Muslim dalam bidang ilmu pengetahuan telah menjadi faktor utama kepada zaman kebangkitan Eropah dan menghasilkan satu tamadun yang sangat hebat.
Kepentingan pemikiran agama sebagai kunci kepada revolusi yang meluas dalam bidang saintifik (Alvin, 2010)