Employee Assistance Programme (EAP)
Employee Assistance Programme (EAP)
13 Februari 2024
“Mental Health Awareness Talk - Don’t Let Your Thought Control You” anjuran Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPe) telah diadakan di Global Classroom, UMPSA Pekan.
Program perkongsian ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkenaan dengan kesihatan mental dikalangan staf PSPe yang disampaikan oleh Puan Nur Atiqah binti Mohd Nor, Pegawai Psikologi Pusat Sejahtera.
Penyelaras latihan dan promosi KKP PSPe, Puan Nurul Ashikin Mohd Anasir menyatakan, program pada kali ini adalah memfokuskan kesedaran tentang kesihatan mental, memahami tentang isu-isu kesihatan mental, kemahiran menguruskan diri, bagaimana dan di mana untuk mendapatkan bantuan, serta menghapuskan stigma dalam isu-isu kesihatan mental.
3 September 2024
Pusat Sejahtera, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Apresiasi Program Pementoran untuk Sesi 2023/2024.
Majlis itu bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para mentor dan menti yang telah menunjukkan komitmen dan kerjasama sepanjang tempoh enam bulan program tersebut.
Program Pementoran ini merupakan yang pertama kali dianjurkan di UMPSA.
Ia melibatkan seramai 21 orang mentor dan 27 orang menti dalam kalangan staf akademik dan pelaksana.
Para mentor terdiri daripada ahli profesional yang berpengalaman dalam bidang masing-masing manakala menti pula adalah staf baharu atau mereka yang baharu bertukar jabatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.
Katanya, program pementoran ini merupakan salah satu inisiatif utama yang kami sokong sepenuhnya di UMPSA.
“Saya amat menghargai komitmen luar biasa daripada para mentor sukarelawan yang telah memberikan bimbingan, sokongan, dan bantuan profesional kepada menti terpilih.
“Usaha mereka tidak hanya berjaya meningkatkan produktiviti kerja di UMPSA tetapi juga turut memajukan pembangunan peribadi dan profesional kedua-dua mentor dan menti.
“Saya berharap dedikasi ini akan terus menjadi sumber inspirasi dan membuka peluang untuk kejayaan masa depan,” ujarnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pendaftar, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim, Pengurus Kanan Jabatan Pendaftar, Tuan Haji Abdul Shukur Ishak, Pengarah Pusat Sejahtera JHEPA, Paridah Mohd Ali dan Pengurus Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Juliana Mohd Ali.
Program ini melibatkan penglibatan sukarelawan daripada para mentor yang berminat untuk memberikan bimbingan, sokongan, dan bantuan profesional kepada menti terpilih bagi membantu meningkatkan produktiviti kerja di UMPSA.
Pasangan Mentor Terbaik telah dimenangi oleh Dr. Mirta Widia sebagai mentor dan Dr. Norwahida Yakub@Yaakub sebagai menti.
26 November 2024
Sesi perkongsian ilmu bertajuk “MERAWAT TRAUMA LAMPAU” yang disampaikan oleh Puan Nur Atiqah Mohd Nor kepada semua staff Pusat Sejahtera telah berlangsung pada 26 November 2024. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan ilmu berkaitan trauma kepada semua staf Pusat Sejahtera.