Berita & Program (Pelajar)
Tahun 2026
Berita & Program (Pelajar)
Tahun 2026
4 April 2026
Program Self-Adaptation (Siri 1/2026) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 4 April 2026 bertempat di Dewan W-DKU-S-01, Blok W, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kampus Gambang. Program ini merupakan anjuran Pusat Sejahtera, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMPSA.
Program ini telah disertai oleh seramai 46 orang pelajar baharu kemasukan Mac 2026 dan bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta meningkatkan kefahaman berkaitan kesejahteraan mental dan kelangsungan akademik. Sesi telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi, iaitu Puan Siti Norni binti Mohd Daud dan Encik Muhammad Afif bin Kamaruddin.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas penglibatan yang diberikan. Diharapkan agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam menghadapi kehidupan universiti dengan lebih yakin dan berkesan.
18 April 2026
Program Academic Survival Siri 1/2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 April 2026 bertempat di Dewan Kuliah 1, FTKMA, Kampus Pekan. Program anjuran Pusat Sejahtera, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ini melibatkan seramai 40 orang pelajar Pemulihan 1 (P1) dan Pemulihan 2 (P2) yang hadir dengan semangat dan iltizam untuk meningkatkan pencapaian akademik masing-masing.
Program ini dikendalikan oleh barisan Pegawai Psikologi Pusat Sejahtera yang diketuai oleh Puan Siti Norni binti Mohd Daud, dengan fokus membantu pelajar memperkukuh kefahaman, membina keyakinan diri serta mengaplikasikan strategi pembelajaran yang lebih efektif.
Diharapkan program ini dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi akademik pelajar pada masa hadapan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan sepanjang program berlangsung.