Perkhidmatan
Perkhidmatan
Sesi kaunseling secara individu adalah melibatkan seorang pegawai psikologi dan klien serta dijamin melalui kontrak kerahsiaan (Borang Persetujuan Termaklum). Sesi kaunseling individu dijalankan di dalam bilik sesi yang kondusif. Tempoh masa bagi sesi kaunseling individu adalah 20 minit hingga 40 minit bagi setiap satu sesi dijalankan.
Sesi kaunseling secara berkumpulan melibatkan seorang atau dua orang pegawai psikologi bersama klien -klien seramai tiga orang minimum sehingga 12 orang maksimum. Sesi kaunseling kelompok juga terikat dangan terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak kerahsiaan (Persetujuan Termaklum). Sesi kaunseling kelompok dijalankan di dalam bilik kelompok yang kondusif. Tempoh masa bagi sesi kaunseling kelompok adalah 45 minit hingga satu jam 30 minit bagi setiap satu sesi dijalankan.
Sesi bimbingan melibatkan seorang atau dua orang pegawai psikologi bersama klien. Klien seramai satu orang minimum sehingga 12 orang maksimum. Sesi bimbingan tidak terikat dengan terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak kerahsiaan sesi kaunseling. Sesi bimbingan dijalankan di dalam bilik atau ruang yang selesa dan kondusif. Tempoh masa bagi sesi bimbingan adalah 45 minit hingga satu jam 30 minit bagi setiap satu sesi dijalankan.
Ujian Psikometrik adalah sebuah ujian yang dirancang untuk mengukur aspek psikologi seseorang, termasuk kemampuan kognitif, ciri-ciri kepribadian, dan potensi individu.
Profiling Stage - Ujian psikometrik bagi mengenalpasti potensi dan bakat pelajar untuk digilap serta dikembangkan