Ketua Unit Makmal
Timbalan Pegawai Sains
PENGENALAN
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke laman sesawang Unit Makmal Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam.
Fakulti Sains Gunaan merupakan salah satu fakulti terbesar di UiTM yang terdiri dari 5 pusat pengajian utama iaitu Pusat Pengajian Kimia & Persekitaran, Pusat Pengajian Biologi, Pusat Pengajian Fizik & Bahan, Pusat Pengajian Teknologi Industri serta Pusat Pengajian Siswazah.
Unit Makmal FSG mempunyai 120 makmal dan bengkel yang berlokasi di Blok Utama A, B, C , Blok D (Bengkel Kejuruteraan Lama), Blok E (Bangunan Kejuruteraan Lama) dan Bangunan Sarjana. Dilengkapi dengan pelbagai peralatan makmal saintifik dan berteknologi tinggi (High-End) bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Unit Makmal juga beroperasi dengan kekuatan 54 orang staf teknikal dari pelbagai gred jawatan yang berkemahiran dan berpengalaman.
Laman sesawang ini akan menjadi saluran hebahan informasi terkini serta sumber rujukan bagi perkhidmatan peralatan serta konsultansi kepada warga UiTM dan pelanggan kami. Sebarang maklumbalas dan cadangan adalah dialukan bagi penambahbaikan Unit Makmal FSG.
Kami berharap dapat memberi perkhidmatan terbaik buat anda.
COPYRIGHT © 2023 UNIT MAKMAL FSG. ALL RIGHT RESERVED