BULETIN 2024
KURSUS/ BENGKEL/ PROGRAM
KURSUS/ BENGKEL/ PROGRAM
KURSUS PENGURUSAN SISA TERJADUAL & PENGENALAN PENGGUNAAN APLIKASI SAILCOTT
19 NOVEMBER 2024
Bertempat di Bilik Pintar Blok C FSG, semua staf makmal berkursus separuh hari dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang.
Kursus melibatkan wakil dari syarikat Sailcott yang dipertanggungjawabkan menguruskan sisa terjadual di FSG dan juga seluruh UiTM.
Program ini sangat penting buat kakitangan makmal FSG dalam menguruskan sisa yang terhasil dari makmal-makmal Fakulti Sains Gunaan. Ini bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kakitangan makmal tentang pematuhan peraturan dan perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005 dan OSHA 1994.
Kursus ini juga memberi penekanan tentang amalan terbaik dalam pengurusan sisa terjadual bagi mengelakkan risiko kemalangan seperti tumpahan atau kebakaran akibat penyimpanan atau pengendalian sisa yang tidak betul.
Semoga semua staf makmal mendapat manfaat sebaiknya dari kursus yang dianjurkan ini.
KURSUS PENGURUSAN PELAJAR & PEMBUDAYAAN KESELAMATAN DI MAKMAL FSG
18 NOVEMBER 2024,
Bertempat di Bilik Seminar Epsilon A 401 FSG. Sesi pagi dimulakan dimana staf makmal diberikan penerangan dan perkongsian ilmu oleh penceramah jemputan yang juga Timbalan Dekan HEP ChM. Dr. Sufri Mastuli.
Pada sebelah petangnya pula sesi penerangan berkenaan aspek keselamatan makmal oleh Dr. Zitty Sarah Ismail, Pensyarakah Kanan juga AJKKP FSG.
Perkongsian ilmu yang sangat menarik diselangi dengan sesi kuiz yang mencabar minda dan pengetahuan peserta.
Tahniah diucapkan kepada AJK dan semua perserta yang melibatkan diri.
LAB FUN DAY FSG 2024
3 SEPTEMBER 2024
Bertempat di Taman Tasik Shah Alam & Alam Lane AEON Shah Alam.
Hari yang menyeronokkan untuk semua staf makmal beriadah bersama-sama. Sibuk dengan kerja sahaja pun stress jugak kan.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan Puan Fairuzah Mansur.
Dimulai dengan aktiviti senam robik diketuai oleh En. Ahmed Ismail Farouqy. Kemudian briswalk dan joging sekitar tasik Shah Alam.
Seterusnya acara sukaneka yang menyeronokkan.
Aktiviti seterusnya disambung pada sebelah petang dengan pentadingan bowling di Alam Lane AEON Shah Alam.
Tahniah kepada semua AJK dan yang terlibat .
Tahniah kepada semua pemenang.
Kita jumpa dan berentap lagi next year.
FSG PADU PADU PADU !!
KURSUS ASAS PENYELENGGARAAN PERALATAN MAKMAL
13 OGOS 2024
Berlangsung kursus bagi penyelenggaraan peralatan makmal melibatkan staf makmal FSG. Kursus ini dijalankan bagi mempelajari teknik asas penyelenggaraan makmal melibatkan alatan seperti spectrophotometer, centrifuge, pH meter dan micropipette.
Penghargaan diberikan kepada staf makmal En Khairul Amri Ismail, Pembantu Makmal Kanan dan Puan DK Suhana AK Yunos, Pembantu Makmal Kanan di atas kerjasama menyediakan kemudahan makmal untuk sesi praktikal.
Juga penghargaan kepada syarikat Aras Bakti Sdn Bhd dalam memberikan kerjasama menjayakan kursus ini.
Tahniah kepada semua yang terlibat!
KURSUS ASAS PENGENDALIAN & SELENGGARA MIKROSKOP FSG
15 OGOS 2024
Telah berlangsung kursus asas bagi pengendalian dan selenggara mikroskop bertempat di Bilik Seminar Epsilon dan Makmal A502.
Semua peserta diajarkan teknik terbaik dalam pengendalian mikroskop dan sesi praktikal berkenaan cara-cara menyelenggara mikroskop dengan kerjasama syarikat Matrix Optics (M) Sdn Bhd.
Syabas kepada semua!
Kini staf makmal sudah bersedia untuk melakukan penyelenggaraan mikroskop dengan lebih efisyen.
KURSUS PENGUKUHAN & PEMANTAPAN KAKITANGAN MAKMAL FSG
22 OGOS 2024.
Pengurusan makmal FSG telah menjalankan kursus pengukuhan dan pemantapan kakitangan makmal yang berlansung selama sehari dan disampaikan oleh ketua makmal FSG iaitu ChM Puan Shaheda Ismail, Timbalan Pegawai Sains dan dan Ts Mohd Shahrulrizan Ibrahim, Pegawai Sains FSG.
4 sesi telah berlansung iaitu:
Sesi 1 : Prosedur Pengendalian Makmal dan Bengkel
Sesi 2 : Prosedur Perolehan
Sesi 3 : Prosedur Penyelenggaraan
Sesi 4 : Prosedur Pelupusan
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!
Semoga semua staf makmal FSG semakin kompeten dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.
Terbaik!!!