KURSUS/ BENGKEL / PROGRAM
Mesyuarat Pengurusan Makmal FSG
Bil 1/ 2025
21 Januari 2025
Bertempat di Bilik Mesyuarat Epsilon A401, Bangunan Blok A FSG, semua staf makmal mengambil kesempatan untuk bersama-sama berkumpul seawal 8.30 pagi bagi perjumpaan pertama bagi tahun 2025.
Sesi pagi dimulakan dimana staf makmal diberikan taklimat oleh Pegawai Sains, Encik Mohd Shahrulrizan Bin Ibrahim dan seterusnya Timbalan Pegawai Sains, ChM Puan Shaheda Ismail.
Taklimat yang diberi berkaitan persediaan menuju semester baru yang bakal buka tidak lama lagi. Program-program makmal yang bakal berlangsung juga turut dimaklumkan untuk tindakan staf selanjutnya. Antaranya ialah Kursus Keselamatan Makmal & Bengkel, Team Buliding, Kursus Peningkatan Kemahiran Komunikasi, Bengkel EKSA dan pelbagai kursus yang menarik akan diadakan.
Pada sesi yang kedua adalah berkenaan Projek-projek yang bakal kumpulan makmal Fsg sertai termasuk 'FSG MASYUK' yang meletakkan sasaran RM 80,000.00 dalam PI 129 dan projek 'FSG TRAILBLAZE' iaitu Projek KIK, Projek OE dan Projek AKNC.
Makmlum balas Audit luar & Audit IQMS 2024 juga turut disentuh sebagai penggera untuk staf makmal lebih cakna terhadap tahap kesedaran kesealamtan di dalam makmal.
Pada hujung sesi yang seterusnya adalah meraikan dua organg staf Makmal yang bakal pencen pada awal tahun 2025 ini iaitu dua orang Penolong Pegawai Sains Kanan C6, Puan Siti Marhaini Mardi dan Puan Siti Zainab Jamaluddin.
Bacaan Yassin Dan Tahlil Sempena Sambutan Ramadhan
28 Februari 2025
Bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 6, Bangunan Sarjana Blok C FSG, semua staf makmal mengambil kesempatan untuk bersama-sama berkumpul pada jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 petang untuk Ramadhan yang akan tiba kurang lebih 6 hari saja lagi.
Program ini sangat penting kerana bukan sekadar pengerat hubungan silaturrahim, malah menjadi ingatan buat staf sambil berpesan-pesan dengan fadilat dan kelebihan ibadah puasa yang dilalui setiap tahun di bulan Ramadan.
Tiada kebahagiaan tanpa syukur. Tiada rasa syukur tanpa sabar, dan tiada sabar tanpa maaf. Marhaban ya Ramadhan, mohon maaf zahir dan batin.
Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga bulan ini kita dihujani berkah oleh-Nya.
Kursus Keselamatan Kebuk Wasap (FumeHood)
8 April 2025
Berlansung pada 8 April 2025 bersamaan hari Selasa di Bilik Mesyuarat Epsilon A401 bagi Kursus Keselamatan Kebuk Wasap (Fume Hood) yang melibatkan staf makmal FSG.
Kursus ini dijalankan bagi memberi penerangan dan pendedahan kepada staf makmal terhadap pengendalian fumehood tentang cara penggunaan dan penjagaan fumehood yang betul bagi memanjangkan tempoh hayat alat tersebut.
Tambahan, dengan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf yang baru bagi menjamin keselamatan dan kesihatan staf.
Kursus ini juga untuk memberi penerangan tentang keputusan laporan hasil dari pemeriksaan dan kalibrasi fumehood yang telah dijlanakn sebelum ini.
Penghargaan diberikan kepada Penolong Jurutera En Mohd Mumtas Ismail di atas usaha yang jitu dalam memastikan pengajuran bengkel dapat dilaksanakan dengan baik.
Juga penghargaan kepada tiga penceramah daripada Syarikat Syarialisa Sdn Bhd dalam memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan kursus ini.
Tahniah kepada semua yang terlibat!
Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Majlis Apresiasi 2025
14 April 2025
Bertempat di KT Ballroom Shah Alam menyaksikan di mana usaha pihak pengurusan tertinggi meraikan staf Fakulti Sains Gunaan termasuk staf pentadbiran dan staf akdemik dan tidak terkecuali staf makmal amnya.
Majlis ini dilihat bukan sahaja memberi penghargaan kepada staf yang banyak berjasa dalam meningkatkan kualiti akademik, penyelidikan, penerbitan dan lain-lain peringkat fakulti malah dapat membangkitkan semangat kekitaan dan kesetiaan yang tinggi dalam kalangan staf.
Antara Anugerah yang diberi termasuklah
Anugerah Staf Akademik Terbaik
Anugerah Staf Pentadbiran Terbaik
Anugerah Staf Akademik Harapan
Anugerah Kepimpinan
Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Rekreasi
Anugerah Keusahawanan
Anugerah Khidmat Komuniti
Anugerah Penyelidikan Terbaik
Wajah-wajah Penerima Anugerah Pesona dalam kalangan Staf Makmal
Fakulti Sains Gunaan 2025
Rakaman gambar semasa Majlis berlangsung
Bengkel Semakan Caj Peralatan Makmal Fakulti Sains Gunaan
26 Mei 2025
Berlansung pada 26 Mei 2025 bersamaan hari Isnin di Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi Aras 3 di Bangunan Sarjana bagi Bengkel Semakan Caj Peralatan Makmal yang melibatkan staf makmal FSG.
Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan UiTM bertarikh 29 Julai 2016 telah meluluskan Permohonan Cadangan Penetapan Kadar Caj Penggunaan Peralatan Makmal & Bengkel FSG (Agenda D4566).
Namun fakulti perlu membuat permurnian caj sewaan peralatan makmal dan bengkel memandangkan kadar ini tidak pernah dibuat semakan semula selama 9 tahun digunapakai di fakulti. Oleh itu, Unit Makmal FSG memohon untuk mengadakan bengkel
semakan kadar caj sewaan peralatan makmal FSG. Ini bertujuan untuk mengkaji dan menilai semula kadar caj sewaan yang dikenakan ke atas peralatan dan fasiliti makmal dan bengkel Fakulti Sains Gunaan.
Semakan ini adalah penting untuk memastikan kadar caj sewaan yang kompetetif dan berpatutan serta seiring dengan kos penyelenggaraan,bahan mentah dan kemajuan teknologi yang digunakan dalam operasi harian.
Tahniah kepada semua yang terlibat!
Kursus Bio Keselamatan
Makmal Fakulti Sains Gunaan
3 Jun 2025
Berlansung pada 3 Jun 2025 bersamaan hari Selasa di Makmal Penyelidikan Fasa 2, Bangunan Ilmu bagi Kursus Bio Keselamatan yang melibatkan staf yang terutamanya mengendalikan makmal biologi dan beberapa orang daripada wakil pusat pengajian yang lain.
Program ini pada dasarnya untuk meningkatkan pengetahuan dan memperkasakan kemahiran staf teknikal makmal dalam mengendalikan sesebuah makmal biologi, biomolekular dan mikrobiologi di Fakulti Sains Gunaan. Ini sangat penting buat staf baru melapor, staf yang ditukar makmal bertugas dan juga kepada staf lama bidang ini.
Memberi pendedahan tentang tatacara kerja yang betul dan selamat di makmal mikrobiologi adalah salah satu objektif kursus ini supaya dapat menjadi pengukur tahap kecekapan staf teknikal makmal biologi dalam pengendalian makmal mikrobiologi dan keselamatan dalam makmal biologi di Fakulti Sains Gunaan.
Keseluruhannya, tahniah kepada penganjur program kerana kursus ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan perlu dibuat berterusan di masa akan datang pada setiap tahun dengan silibus yang lebih tinggi!
Bengkel EKSA Unit Makmal FSG Bersama Pasukan EKSA Fakulti Sains Gunaan
17 Julai 2025
Berlansung pada 17 Julai 2025 bersamaan hari Khamis di Bilik Mesyuarat Epsilon A401 bagi Bengkel EKSA anjuran Unit Makmal FSG yang melibatkan juga pasukan EKSA FSG.
Fakulti Sains Gunaan merupakan salah satu fakulti yang baru mengambil langkah untuk melancarkan penyeragaman 5S kepada EKSA sejak awal tahun 2024. Amalan 5S yang ditambah baik memberi penambahan beberapa elemen baharu yang memerlukan banyak sokongan dan pemantauan serta penanda aras dari pihak PTJ lain yang telah berjaya melaksanakan EKSA.
Unit makmal FSG senantiasa berusaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran staf makmal bagi melahirkan staf perkhidmatan sains yang berpengetahuan, berkemahiran, berinovasi serta berdaya saing dalam membantu menyumbang agenda universiti seiring dengan Pelan Strategik UiTM 2025 kearah menjadi Universiti Terkemuka Dunia.
Pelaksanaan EKSA ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk ‘merakyatkan perkhidmatan’ secara total melalui pengurusan persekitaran pejabat yang mengambil kira kehendak dan ekspektasi pelanggan. Bengkel ini dilihat dapat membantu warga merancang dan melaksanakan usaha- usaha meningkatkan imej korporat secara positif, menggalakkan pembudayaan amalan hijau, menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi, menghasilkan persekitaran tempat kerja yang selesa dan memenuhi keperluan agensi kerajaan yang pelbagai.
Bengkel ini juga menyaksikan budaya menyebarluas ilmu antara Agensi Nuklear Malaysia dan Agensi CIAST dalam meningkatkan pengetahuan terhadap pengurusan persekitaran kerja yang lebih kondusif di samping menggalakkan staf lebih inovatif yang menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan yang cemerlang!
Bengkel Pengendalian dan Penyelenggaraan Viscometer
Makmal Fakulti Sains Gunaan
26 Ogos 2025
Berlansung pada 26 Ogos 2025 bersamaan hari Selasa di Bilik Mesyuarat Epsilon A401 secara teori dan pengendalian amali 'hands-on' di Makmal Instrumentasi Teknologi Polimer A410.
Fakulti Sains Gunaan mempunyai beberapa unit peralatan viscometer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Peralatan ini penting dalam penentuan kelikatan bahan terutama analisis sampel dari program teknologi seperti polimer, bahan dan makanan. Namun kerap dilihat, pengendalian dan penjagaan peralatan ini sering diabaikan pengguna.
Pengendalian peralatan yang tidak betul boleh menjejaskan ketepatan data sekaligus memberi kesan kepada kualiti analisis yang dijalankan. Sekiranya berterusan boleh mengakibatkan kerosakan pada peralatan tersebut. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran malah akan meningkatkan kos penyelenggaraan dan risiko keselamatan.
Unit Makmal FSG komited dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf makmal bagi memberi pendedahan dan latihan secara teori dan praktikal kepada staf yang terlibat dalam pengendalian peralatan ini. Bengkel ini juga bermanfaat buat staf makmal baharu, staf yang menggantikan tempat pegawai berpindah dan bersara serta staf yang ditempatkan di makmal selain dari kepakaran asal mereka.
Ini selaras dengan hasrat melahirkan warga perkhidmatan sains yang kompeten, berinovasi dan berdaya saing dalam menyokong aspirasi universiti sejajar dengan Pelan Strategik UiTM 2025 ke arah menjadi Universiti Terkemuka Dunia.
Tahniah kepada penganjur dan peserta yang terlibat!
Bengkel Amalan Terbaik Pengurusan Makmal Fakulti Sains Gunaan
27 Ogos 2025
Berlansung pada 27 Ogos 2025 bersamaan hari Rabu di Bilik Mesyuarat Epsilon A401 bagi Bengkel Amalan Terbaik Pengurusan Makmal.
Program dirasmikan oleh Timbalan Dekan PJIA FSG, PM. Dr. Muzamir Mahat dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Timbalan Dekan PJIA FSG kepada penceramah. Penceramah terdiri daripada dua pegawai atasan Fakulti Sains Gunaan iaitu Timbalan Pegawai Sains, Puan Shaheda Ismail dan Pegawai Sains, Encik Shahrulrizan Ibrahim.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf makmal mengenai peranan dan tanggungjawab dalam struktur tadbir urus makmal, termasuk kepentingan pematuhan kepada garis panduan, prosedur kualiti, piawaian keselamatan dan keperluan audit. Staf akan didedahkan kepada amalan terbaik dalam pengurusan ruang makmal yang lebih ergonomik, pengurusan zon penyimpanan, serta laluan kecemasan yang berkesan. Di samping itu, bengkel ini turut menekankan kepentingan aspek kebersihan dan kekemasan makmal melalui penerapan elemen EKSA dalam amalan pengurusan harian.
Fokus bengkel ini adalah memberi pemahaman menyeluruh tentang pengurusan inventori bahan kimia serta kaedah penyimpanan mengikut kategori, berpandukan kepada Prosedur Kerja Operasi (PKO) fakulti. Sesi simulasi dan aktiviti praktikal turut dilaksanakan untuk memberikan pengalaman langsung dalam penyusunan bahan kimia secara selamat dan sistematik di dalam kabinet keselamatan.
Kursus ini turut berperanan sebagai penanda aras kecekapan staf teknikal makmal dalam melaksanakan tugas dengan cekap dan beretika. Pelaksanaan kursus ini secara tidak langsung akan meningkatkan keterlihatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan staf skim perkhidmatan sains dalam menyokong agenda universiti, selaras dengan aspirasi Pelan Strategik UiTM ke arah menjadi Universiti Terkemuka Dunia. Pengetahuan staf makmal didapati meningkat dan cemerlang dengan ujian yang dibuat melalui kuiz dan pelaksanaan kerja amali di dalam makmal.
Tahniah kepada penganjur!
PROGRAM INISIATIF AKTIVITI MINDA SIHAT STAF PENTADBIRAN DAN MAKMAL
FAKULTI SAINS GUNAAN
25 September 2025
Berlansung pada 25 September 2025 bersamaan hari Khamis di Bukit Cahaya Sri Alam dan Alam Lanes, Unit Makmal dengan kerjasama Pentadbiran Fakulti Sains Gunaan telah menganjurkan Inisiatif Aktiviti Minda Sihat, 3R (Recharge, Refresh dan Relax). Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh budaya kerja berpasukan, mempertingkat komunikasi berkesan, serta memelihara kesejahteraan mental dalam kalangan warga fakulti. Seiring dengan keperluan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan produktif, program Inisiatif Aktiviti Minda Sihat ini dirangka sebagai satu inisiatif menyeluruh yang menggabungkan elemen pembangunan pasukan dan penjagaan kesihatan mental.
Bermula dengan aktiviti Regangan dan Senamrobik diikuti dengan aktiviti Treasure Hunt (Berkumpulan) di Bukit Cahaya Sri Alam dan berakhir dengan aktiviti Riadah (Berkumpulan) bermain bowling di Alam Lanes, Aeon Shah Alam. Tahniah kepada pemenang-pemenang yang menjayakan kesemua aktiviti yang dipertandingkan. Anda memang hebat!
Unit Makmal bersama Pentadbiran berbesar hati menjadikan 3R 'Recharge Refresh Relax' 2025 sebagai satu platform tetap tahunan yang menyatukan semua staf daripada pelbagai peringkat umur dan pengalaman. Penganjuran program ini bukan sahaja berupaya meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental individu, malah turut menyumbang kepada peningkatan indeks kegembiraan dalam kalangan staf. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menggalakkan kerjasama yang lebih kukuh antara staf baharu dan yang telah lama berkhidmat di fakulti.
'SECURE LAB COURSE'
Latihan Holistik Keselamatan Makmal Fakulti Sains Gunaan
30 September 2025
Berlansung pada 30 September 2025 bersamaan hari Selasa di Bilik Mesyuarat Epsilon A401 bagi Bengkel 'Secure Lab Course'- Latihan Holistik Keselamatan Makmal FSG.
Makmal merupakan persekitaran kerja yang berisiko tinggi sekiranya aspek keselamatan tidak diberi perhatian serius. Pengendalian bahan kimia berbahaya, peralatan bertekanan tinggi serta alatan tajam menuntut pengurusan keselamatan yang sistematik dan teliti.
Isu keselamatan menjadi aspek utama terutamanya dalam kerja-kerja berisiko tinggi sama ada di dalam makmal atau bengkel. Penggunaan bahan kimia, peralatan mekanikal dan mesin yang kompleks memerlukan pematuhan terhadap prosedur keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Fakulti Sains Gunaan tidak terkecuali kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran banyak dijalankan dalam persekitaran makmal dan bengkel.
Kesedaran terhadap keselamatan diri dan persekitaran kerja merupakan elemen penting dalam pencegahan kemalangan. Ia perlu diterapkan secara berterusan dalam kalangan warga makmal dan bengkel sebagai budaya kerja harian.
Sehubungan itu, Unit Makmal FSG komited untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran staf makmal dalam aspek keselamatan, khususnya kepada staf baharu yang melapor diri. Pendedahan awal kepada tatacara kerja yang betul dan selamat di makmal dan bengkel adalah penting bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih teratur, selamat dan profesional.
Tahniah kepada semua yang terlibat!
Kursus Asas Pengendalian Peralatan : FTIR/ ATR
Makmal Fakulti Sains Gunaan
8 Oktober 2025
Berlansung pada 8 Oktober 2025 bersamaan hari Rabu di Bilik Mesyuarat Epsilon A401 bagi Kursus Asas Pengendalian Peralatan seperti FTIR dan ATR dan amali hands on di Makmal Instrumentasi Kimia 2 (A306).
Kursus Asas Pengendalian FTIR merupakan satu inisiatif Unit Makmal membantu para pelajar Projek Tahun Akhir dan pelajar siswazah yang merancang untuk menggunakan peralatan ini menganalisis sample penyelidikan mereka.
Kursus ini merangkumi teori berkaitan Molecular Absorption Spectroscopy dan praktikal. Bukan sahaja pelajar, kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran staf makmal dalam mengendalikan peralatan serta mendepani kepelbagaian sample untuk dianalisa.
Keseluruhan program kursus berjalan lancar seperti dalam perancangan. Penyertaan pelajar adalah seramai 60 orang dari kalangan pelajar tahun akhir dan pelajar pascasiswazah. Cadangan dari peserta agar kursus ini diadakan lagi bagi pelajar FYP kerana kebanyakan pelajar bukan dari bidang kimia juga turut menggunakan peralatan ini. Keselurahan penganjuran mendapat respon yang positif dari segi penglibatan para pelajar.
Tahniah kepada penganjur!
LOKASI MAKMAL FSG