Klik pada logo
Sistem Tempahan dan Penggunaan Makmal dikuasakan menggunakan medium Picktime khusus bagi memudahkan warga FSG dan juga pengguna luar untuk mengguna pakai perkhidmatan makmal di FSG.
Sistem ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada warga FSG dan pengguna luar untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dengan hanya melakukan tempahan atas talian sahaja. Sistem ini meliputi tempahan bagi peralatan makmal dan juga tempahan penggunaan ruang makmal bagi tujuan PdP, penyelidikan serta pengkomersilan ujikaji bagi industri.
Oleh itu dengan adanya sistem ini, ia dapat mengelakkan kesukaran pengguna makmal bagi dalam menggunakan sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Makmal. Selain itu, ia dapat membantu mempromosikan fasilti dan kepakaran yang ada di FSG kepada pengguna luar yang mana perkhidmatan ditawarkan setanding dengan institusi lain di Malaysia.
Akhir kata, semoga sistem ini dapat memberikan suatu paradigma kepada semua warga untuk sama-sama memoptimumkan fasiliti makmal bagi merealisaikan GRU 2025 dan menjadikan UiTM sebagai universiti terkemuka dunia. Sekian.
Ikhlas,Team Unit Makmal FSGKlik pada logo
Inovasi e-HELAI SDS ini merupakan satu kemudahan akses kepada Helaian Data Keselamatan (SDS) untuk warga Fakulti Sains Gunaan dan pengguna luar. Dengan menyediakan akses yang lebih mudah dan pantas, aplikasi ini membolehkan pengguna untuk merujuk maklumat yang diperlukan mengenai bahan kimia secara lebih efisien.
Helaian Data Keselamatan (SDS) mengandungi 16 maklumat penting berkaitan sifat dan risiko bahan kimia yang wajib dirujuk bagi memastikan keselamatan ketika menjalankan ujikaji di makmal. Melalui e-HELAI SDS, carian bahan kimia menjadi lebih cepat, dengan paparan yang ceria dan menarik yang turut menyokong pengguna dalam pematuhan kepada peraturan dan undang-undang seperti CLASS Regulation 2013 dan Use and Standard Exposure of Chemical Hazardous to Health (USECHH) Regulation 2000. Selain itu, inovasi ini menyokong usaha di bawah COSHaW UiTM untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipelihara.
Dengan ciri butang carian yang mudah digunakan, e-HELAI SDS bukan sahaja memudahkan akses kepada data yang relevan, malah memastikan pengguna mematuhi peraturan keselamatan yang ketat. Ini membuka dimensi baharu kepada warga FSG, bahawa segala urusan di makmal yang melibatkan bahan kimia berbahaya kini lebih selamat dan teratur.
Harapan besar kami agar e-HELAI SDS menjadi alat rujukan utama untuk warga FSG dan seluruh UiTM, dalam memastikan amalan keselamatan makmal yang selari dengan standard dan peraturan yang telah ditetapkan.
Terima kasih.
Team Vorteks FSG
Klik pada logo
Bahan kimia adalah nadi kepada makmal khususnya makmal kimia dimana-mana institusi sekalipun. Sekiranya pengurusannya tidak rapi dan produktif, semestinya menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada fakulti itu sendiri. Sudah pasti fakulti akan melalui audit dalaman dan luaran bagi memantau cara pengendalian bahan kimia dari perolehan sehinggalah ke tahap pelupusan.
Projek ini bermula apabila timbul masalah kelewatan pengguna terutamanya pelajar dan pensyarah yang untuk mendapatkan bahan kimia dari makmal-makmal di Fakulti Sains Gunaan. Lebih-lebih lagi pelajar contohnya kadangkala terpaksa mengambil masa yang lama memakan masa berhari untuk mencari bahan kimia yang jarang digunakan dan keberadaan bahan kimia tersebut ada di makmal-makmal tertentu.
Timbul tanda tanya tentang kebajikan pengguna sewaktu mencari bahan kimia dengan lokasi yang tidak tahu keberadaanya yang mungkin serba sedikit mengganggu emosi lantas mempengaruhi impak kajian semasa. Oleh itu, asas penetapan sasaran projek adalah daripada arahan pengurusan untuk meningkatkan pencapaian dalam perkhidmatan yang menambahbaik proses kerja menyeluruh, meningkatkan produktiviti dan kecekapan tenaga kerja.
Akhirnya, dengan tertubuhnya sistem setelus ini, bukan sahaja mencipta satu inovasi data berpusat yang memudahkan pengurusan, namun juga berjaya memenangi hati pengguna dalam memudahkan mereka dalam pencarian bahan kimia. Dengan kelebihan yang ada pada sistem setelus, kebolehannya untuk pergi lebih jauh amatlah memberansangkan. Hal ini dapat dibuktikan apabila terlancarnya sistem ini pada 22 julai yang lalu, telah memudahkan ramai pengguna terutamanya pelajar dan pensyarah untuk mengenalpasti keberadaan bahan kimia. Impak projek bukan sahaja terlihat apabila sistem setelus ini mampu dikomersialkan, namun tahap kesediaan untuk digunapakai warga uitm adalah membanggakan.
Ikhlas,Team SetelusPAUTAN PROSEDUR MAKMAL
Klik pada logo
PAUTAN LAMPIRAN BORANG BERKAITAN CAJ SEWAAN MAKMAL
LAIN-LAIN PAUTAN