BULETIN 2026
KURSUS/ BENGKEL/ PROGRAM
KURSUS/ BENGKEL/ PROGRAM
BENGKEL PENGISIAN DOKUMEN CHEMICAL HEALTH RISK ASSESSMENT (CHRA)
27 JANUARI 2026
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Fakulti Sains Gunaan (FSG) menganjurkan Bengkel Pengisian Dokumen Chemical Health Risk Assessment (CHRA) bagi makmal sains. Program ini dijadualkan berlangsung di Bilik A401, UiTM Shah Alam.
Penganjuran bengkel ini merupakan langkah yang bertepatan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 (Pindaan) bagi memastikan risiko pengurusan bahan kimia dikawal. Menerusi bengkel ini, peserta telah diberi pemahaman asas mengenai CHRA dan dididik tentang kaedah mengumpul serta mengklasifikasikan bahan kimia. Penekanan utama diberikan kepada tatacara pengisian Dokumen B1 secara lengkap dan tepat, kerana dokumen ini adalah rekod rasmi senarai bahan kimia yang digunakan.
Kumpulan sasaran program ini melibatkan staf makmal di Fakulti Sains Gunaan. Sepanjang bengkel ini, sesi perkongsian serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) akan dibimbing oleh dua fasilitator, iaitu PM Dr Nor Suhaila Mohamad Hanapi dan PM Dr Sabiha Hanim Saleh. Bengkel ini diharapkan mampu meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan dan kawalan risiko bahan kimia di tempat kerja.
MESYUARAT PENGURUSAN MAKMAL FSG BIL 1/2026
30 JANUARI 2026
Bertempat di Bilik Mesyuarat Epsilon A401, Bangunan Blok A FSG, semua staf makmal mengambil kesempatan untuk bersama-sama berkumpul seawal 8.30 pagi bagi perjumpaan pertama bagi tahun 2026.
Sesi pagi dimulakan dimana staf makmal diberikan taklimat oleh Timbalan Pegawai Sains, ChM Puan Shaheda Ismail dan seterusnya Pegawai Sains, Encik Mohd Shahrulrizan Ibrahim.
Taklimat yang diberi bermula dengan pengenalan lantikan staf baru, penghargaan kepada staf yang bakal bersara dan pengiktirafan kepada staf-staf makmal yang bergiat aktif mengharumkan nama fakulti dalam bidang sukan, penyelidikan dan aktiviti luar. FSG telah menerima seramai tiga Pegawai Sains baharu dan seorang Penolong Pegawai Sains. Mereka ialah Cik Nur Anis Huda Aziz, Cik Noor Meliza Jamil, En. Ahmad Assakir Ahmad Shukri dan En. Muhammad Aminuddin Jaafar.
Dalam bidang sukan, tahniah kepada penama-penama berikut yang telah mengharumkan nama fakulti dalam Kejohanan Sukan Antara Staf UiTM Shah Alam (SASSA) 2025. Sesungguhnya anda memang hebat!
Pasangan Beregu Wanita dan Lelaki Johan Pertandingan Dart
Puan Wan Raihan Wan Mohd Roslan
Puan Roslizawati Ishak
Encik Zamri Yaacob
Encik Mumtas Ismail
Pertandingan Petaque Double Wanita Emas
Puan Khairunniza Kamalludin
Puan Roslizawati Ishak
Pasangan Beregu Wanita Karom Double Wanita Emas
Puan Siti Yusrina Ahmad
Puan Nuridayu Mustafa
Dalam bidang penyelidikan pula, Ts Shahrulrizan Ibrahim dan Encik Muhamad Faizal Omar telah terlibat dalam memperolehi geran penyelidikan FSG sebanyak RM 72, 468.00 dengan kerjasama syarikat dari agensi swasta iaitu Malaysian Refining Company Sdn Bhd.
Sekalung tahniah juga buat kumpulan Soulhijrah yang terdiri daripada 5 orang staf lelaki yang memenangi Pertandingan Nasyid Staf Uitm Shah Alam iaitu Encik Mohd Sahari Mohamad Sater, Encik Mohd Khairul Amri Ismail, Encik Mohd Eideb Muhamed Daud, Encik Mohd Akmal Zamir Mohamad Hanafiah dan Encik Mohd Hadi Mohd Ahmad Kamal.
Penghargaan juga turut disampaikan kepada staf yang bakal bersara pada tahun 2026 iaitu Encik Rozaini Manah yang telah berkhidmat selama 36 tahun dengan UiTM dan Puan Wan Raihan Wan Roslan yang telah berkhidmat selama 16 tahun dengan UiTM.
Seterusnya, Puan Shaheda juga turut memperkenalkan Carta Organisasi baru dengan kehadiran Pegawai Sains baru dan diletakkan di setiap Pusat Pengajian fakulti bagi melancarkan dan memudahkan proses pengurusan staf makmal seliaan.
Pada sesi yang kedua adalah berkenaan persediaan menuju semester baru untuk sesi Mac-Ogos 2026 yang bakal buka tidak lama lagi termasuk dengan Kemasukan Pelajar Tahun Akhir (FYP) yang dijangka bermula 9 Mac 2026. Pelaksanaan Chemical Register and
Chemical Hazardous to Health Assessed (CHRA) juga turun menjadi perkara penting yang perlu diambil cakna oleh semua staf makmal khususnya untuk makmal yang menyediakan penstoran bahan kimia di dalam makmal.
Pembentangan perolehan untuk kegunaan bajet 2026 juga turut ditunjukkan termasuk agihan bajet untuk kegunaan dan keperluan setiap Pusat Pengajian. Projek Naik taraf makmal yang mendapat kelulusan oleh pihak bendahari UiTM iaitu di Bengkel Pemprosesan Polimer A103 telah berjaya siap sepenuhnya dengan kos sebanyak RM 262,360.00.
Program-program makmal yang bakal berlangsung juga turut dimaklumkan untuk tindakan staf selanjutnya.
Pemakluman pelaksanaan Audit dalam & Audit IQMS 2026 juga turut disentuh sebagai penggera untuk staf makmal lebih cakna terhadap tahap kesedaran kesealamatan di dalam makmal.
KURSUS PENGURUSAN PENYIMPANAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA
1 APRIL 2026
Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Shah Alam baru-baru ini telah menganjurkan satu kursus mantap berkaitan pengurusan penyimpanan bahan kimia berbahaya pada 1 April 2026 bertempat di Bilik Seminar Epsilon FSG A401. Kursus ini diadakan khas untuk memantapkan ilmu dan kemahiran staf makmal supaya mereka tahu cara yang betul dan selamat untuk menyimpan serta menguruskan bahan kimia yang berisiko kepada kesihatan. Program ini telah berjaya mencapai sasaran dengan kehadiran seramai 49 orang staf makmal dalaman fakulti tersebut.
Bagi menjayakan sesi perkongsian ilmu ini, dua penceramah hebat telah dijemput untuk turun padang, iaitu Timbalan Pegawai Sains FSG, Puan Shaheda Ismail dan wakil dari Benua Sains Sdn Bhd, Dr. Mahendran. Menariknya, peserta bukan sahaja didedahkan dengan teori, malah mereka turut diperkenalkan kepada teknologi sistem ventilasi dan penapisan Zeofiltech yang sangat berguna bagi mengurangkan risiko terdedah kepada wap toksik di dalam makmal. Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, penceramah jemputan turut mengadakan sesi demonstrasi ringkas tentang cara penggunaan kabinet penyimpanan bahan kimia Zeofiltech tersebut.
Secara keseluruhannya, majoriti peserta berpuas hati dan memberikan rating 'sangat baik' untuk kursus ini kerana ilmu yang dikongsi sangat praktikal dan memberikan manfaat dalam menyokong pelaksanaan tugas hakiki mereka di makmal. Rata-rata peserta turut memuji kursus ini sebagai sangat informatif dan mencadangkan supaya pihak penganjur meneruskan program yang best dan berguna seperti ini pada masa akan datang.
MAJLIS PERSARAAN & PERPINDAHAN STAF MAKMAL FSG
3 APRIL 2026
Fakulti Sains Gunaan (FSG) telah menganjurkan sebuah majlis yang penuh bermakna bagi meraikan sumbangan dan jasa staf makmal yang bakal bersara dan juga yang berpindah tempat bertugas. Majlis yang bertemakan "Tautan Kasih, Sanjungan Budi" ini dihadiri oleh barisan pengurus tertinggi unit makmal serta rakan-rakan staf sokongan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi yang telah dicurahkan oleh mereka sepanjang berkhidmat di FSG.
Majlis pada hari ini memberi penghormatan khusus kepada staf-staf berikut:
Lambaian Kasih (Persaraan):
Puan Wan Raihan binti Wan Mohd Roslan – Pembantu Makmal Kanan C2.
Encik Rozaini Manah – Penolong Pegawai Sains C5.
Encik Mohd Faizal bin Omar – Pembantu Makmal C1.
Encik Mohd Azmi bin Mohd Muktahar – Penolong Pegawai Sains Kanan C5.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pegawai Sains FSG, Pn Shaheda Ismail, yang menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen dan sikap dedikasi Pn. Wan Raihan, En. Rozaini, En. Mohd Faizal, dan En. Mohd Azmi dalam memastikan kelancaran sesi pengajaran, penyelidikan dan pengurusan di fakulti.
Sebagai tanda kenang-kenangan, pihak fakulti dan kelab staf telah menyampaikan cenderahati penghargaan kepada keempat-empat staf yang diraikan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang menyelerakan serta sesi bergambar memori bersama rakan-rakan sekerja.
Seluruh warga FSG mendoakan agar Puan Wan Raihan dan Encik Rozaini dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan beroleh kebahagiaan berpanjangan di samping keluarga tercinta menempuh alam persaraan.
Buat Encik Mohd Faizal dan Encik Mohd Azmi yang bertukar tempat kerja, semoga terus cemerlang, maju jaya, dan dapat menabur bakti di tempat yang baharu. Segala jasa, penat lelah, dan keringat kalian di makmal FSG akan sentiasa dikenang dan tidak akan dilupakan!
ADVANCED MATERIALS CHARACTERIZATION WORKSHOP: From SEM Imaging to Integrated EDS & EBSD Analysis
9 JUN 2026
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam baru-baru ini telah menganjurkan Advanced Materials Characterization Workshop untuk mendedahkan teknologi analisis bahan yang terbaharu. Bengkel ini telah diserati oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah, penyelidik, dan staf makmal.
Fokus utama bengkel adalah pendedahan mengenai teknologi ChemiSEM keluaran Thermo Fisher Scientific. Apa yang menarik, ia menggabungkan pengimejan SEM dan analisis kimia EDS secara automatik, jadi pengguna boleh melihat struktur mikro dan komposisi bahan secara serentak.
Antara kelebihan utama inovasi ChemiSEM ini adalah kemampuannya memaparkan peta unsur (element map) secara live semasa imbasan dibuat. Pada masa yang sama, data kimia akan terus dikumpul secara automatik di latar belakang (background) tanpa mengganggu kelancaran kerja. Keputusan juga dapat diperoleh dengan jauh lebih pantas memandangkan proses penjajaran dan analisis dilakukan dengan tahap automasi yang tinggi. Walaupun nampak canggih, sistemnya sangat mesra pengguna dengan antaramuka yang mudah, menjadikannya sesuai untuk newbie mahupun pakar.
Sesi hebat ini telah dikendalikan oleh barisan pakar dari Thermo Fisher Scientific, iaitu Chris Stephens dan Wang Huimin, serta Tok Hong Yuan dari Interscience Sdn Bhd. Pendek kata, bengkel ini memang padat dan sangat membantu warga fakulti untuk upgrade kemahiran mereka dalam mengendalikan peralatan berteknologi tinggi.
BENGKEL MOCK KONVENSYEN KIK 2026 BAHAGIAN 1
10 JUN 2026
IKA LAB MASTERY : MAXIMIZING ACCURACY IN ROTATIONAL VISCOMETER AND ROTARY EVAPORATOR
14 JULAI 2026
Fakulti Sains Gunaan (FSG) Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan bengkel berimpak tinggi bertajuk 'IKA Lab Mastery: Maximizing Accuracy in Rotational Viscometer and Rotary Evaporator (Theory & Hands On)'. Bengkel yang dikhususkan untuk 50 orang staf makmal FSG ini telah bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Seminar Epsilon A 401.
Tujuan utama program ini adalah untuk upgrade kemahiran serta pengetahuan staf mengenai cara pengendalian instrumen secara berkesan dan betul. Menerusi bengkel ini, peserta dapat belajar secara teori dan juga praktikal (hands-on) tentang prinsip ukuran kelikatan menggunakan instrumen Rotational Viscometer serta teknik penyulingan vakum menggunakan Rotary Evaporator (Rotavap). Selain itu, mereka juga diajar teknik penyelesaian masalah (troubleshooting) dan penyelenggaraan asas untuk kurangkan risiko kerosakan alatan.
Sesi perkongsian ilmu yang santai tapi padat ini dibimbing terus oleh pakar industri dari IKA Works Asia. Ia menampilkan Claresta Lim selaku Pengurus Produk Global bersama Noorhariany Binti Rosli, Eksekutif Jualan ANZ. Mereka turun padang untuk memberi bimbingan teknikal dan berkongsi amalan terbaik penggunaan instrumen secara live bersama peserta.
Pendek kata, sesi bengkel sehari ini memang best dan diharap dapat meningkatkan kompetensi staf makmal bagi menyokong kelancaran aktiviti pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan di fakulti!
BENGKEL MOCK KONVENSYEN KIK 2026 BAHAGIAN 2
13 OGOS 2026
MESYUARAT PENGURUSAN MAKMAL FSG BIL 2/2026
27 OGOS 2026
Bertempat di Bilik Mesyuarat Epsilon A401, Bangunan Blok A FSG, semua staf makmal mengambil kesempatan untuk bersama-sama berkumpul seawal 8.30 pagi bagi kali ke 2 bagi tahun 2026.
Sesi pagi dimulakan dimana staf makmal diberikan taklimat oleh Timbalan Pegawai Sains, ChM Puan Shaheda Ismail.
Taklimat yang diberi bermula dengan pengenalan lantikan staf baru dan pengiktirafan kepada staf-staf makmal yang bergiat aktif mengharumkan nama fakulti dalam bidang penyelidikan dan aktiviti luar dan penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025. FSG telah menerima seorang Penolong Pegawai Sains Tertinggi baharu dan seorang Pembantu Makmal. Mereka ialah Chm. Pn Naizah Binti Zakaria dan En Darius Adam bin Hamdan.
Penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 telah disandang oleh En Ahmed Ismail Farouqy Mat Hussin, Pn Nurfarah Farini Muhammad Kamarazzaman, Pn Rohani Omar dan En Mumtas Ismail. Dalam bidang Operational Excellence 2025 (OE), tahniah kepada kumpulan E-PROSIS kerana memperoleh Band 5 . Sesungguhnya anda memang hebat!
Dalam bidang penyelidikan KIK (Kumpulan Inovasi & Kreatif, kedua-dua kumpulan (INOVHEP & PROCENT) telah berjaya mara ke peringkat Zon Tengah 2026. Selamat maju jaya kepada kedua kumpulan tersebut. Begitu juga kepada 2 kumpulan OE 2026, iaitu EQCharge & E-FoodTech, Selamat maju jaya juga untuk kalian.
Seterusnya, Puan Shaheda juga turut mengumumkan pergerakan staf makmal bagi makmal dan staf yang terlibat. Penerangan berkenaan persediaan menuju semester baru untuk sesi September-Februari 2027 yang bakal buka tidak lama lagi termasuk dengan Kemasukan Pelajar Tahun Akhir (FYP) yang dijangka bermula 2 September 2026.
Pembentangan perolehan untuk kegunaan bajet 2026 juga turut ditunjukkan termasuk agihan bajet untuk kegunaan dan keperluan setiap Pusat Pengajian. Projek Naik taraf makmal yang mendapat kelulusan oleh pihak bendahari UiTM iaitu di Makmal Analisa Teknologi Makanan (A201) dan Makmal Hyegine Bangunan Kejuruteraan Lama sedang menunggu masa untuk bermula. Program-program makmal yang bakal berlangsung juga turut dimaklumkan untuk tindakan staf selanjutnya.
Pemakluman pelaksanaan Audit Dalam 2026 juga turut disentuh sebagai penggera untuk staf makmal lebih cakna terhadap tahap kesedaran keselamatan di dalam makmal.
FSG BERSELAWAT & TAZKIRAH KHAS “MENJEMPUT RINDU” 2026
10 SEPTEMBER 2026
"Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M"
Dalam menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul 1448H, Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM Shah Alam melalui Kelab Staf FSG Padu telah menganjurkan Program FSG Berselawat dan Tazkirah Khas “Menjemput Rindu” bertempat di Dewan Anjung Sri Budiman (Annex), UiTM Shah Alam.
Program yang menghimpunkan warga pengurusan, pensyarah dan staf pentadbiran FSG ini menjadi wadah untuk bersama-sama menghayati sirah dan akhlak mulia Rasulullah SAW, menyemarakkan rasa cinta kepada Baginda serta memperbanyakkan selawat sebagai tanda kasih dan penghormatan.
Antara pengisian utama program ialah Tazkirah Khas Maulidur Rasul “Menjemput Rindu”, bacaan selawat, alunan qasidah serta kuiz Maulidur Rasul yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan kekeluargaan.
Kehadiran hampir 150 orang warga FSG turut mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga fakulti dalam membina persekitaran kerja yang positif, harmoni dan saling menghormati.
Program turut menampilkan Ustaz Dr Shahridzan Syed Mohamed, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Ustaz Faizan Tajuid, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM serta kumpulan nasyid FSG "Soul Hijrah".
Semoga majlis ini menjadi ruang untuk kita terus menyemai mahabbah kepada Rasulullah SAW, menghayati sunnah dan akhlak Baginda serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga FSG.
Semoga rasa rindu kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati, menjadi sumber kekuatan dalam melaksanakan amanah dan membina kecemerlangan bersama.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Kredit: En Mohd Zul Azri Harun
BENGKEL PENGENDALIAN DAN PENYELENGGARAAN : LTR - MEASUREMENT SYSTEM
14 SEPTEMBER 2026
Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengendalian dan Penyelenggaraan Low Temperature Resistivity Measurement pada 18 Ogos yang lalu bertempat di Makmal Siswazah Fizik, Blok D.
Program penataran ilmu yang menyasarkan 12 orang staf makmal FSG ini bertujuan untuk memperkasa kompetensi kakitangan menerusi pendedahan teori dan latihan praktikal mengenai tatacara penjagaan serta pengendalian peralatan saintifik tersebut.
Sesi bengkel ini telah dikendalikan oleh pakar dari bidang akademik dan industri, iaitu Prof. Madya Dr. Norazila Ibrahim serta Dr. Lim Weng Lee dari WLIMLAB Sdn. Bhd.. Inisiatif strategik ini dilaksanakan bagi mengelakkan risiko kerosakan dan memanjangkan jangka hayat aset bernilai tinggi universiti berikutan ralat sistem operasi.
Selain itu, kemahiran baharu ini dijangka mampu membuka peluang penjanaan pendapatan kepada fakulti menerusi penawaran perkhidmatan analisis dan pengujian bahan kepada institusi pengajian tinggi lain, agensi kerajaan, dan pihak industri di masa hadapan.
FSG x IKA WORKSHOP: INTRODUCTION TO BIOREACTORS IN CELL CULTURE AND FERMENTATION & EXPLORING LIFE SCIENCES SOLUTIONS FOR RESEARCH LAB
17 SEPTEMBER 2026
SIRI TAKLIMAT PENGURUSAN TERTINGGI FSG BIL 2/2026 : TAKLIMAT DEKAN, TIMBALAN PENDAFTAR & TIMBALAN PEGAWAI SAINS
18 SEPTEMBER 2026
Bertempat di Dewan Kuliah Delta, telah berlangsung perjumpaan berkenaan Taklimat Pengurusan Tertinggi FSG Bil 2/2026. Taklimat ini turut melibatkan penyertaan yang memberangsangkan dari semua staf FSG sama ada staf akademik, pentadbiran & pelaksana.
Taklimat dimulakan dengan pembentangan daripada Dekan Fakulti, Prof Dr Hj Mohd Rozi Ahmad. Diikuti penerangan panjang lebar dari Timbalan Pendaftar Kanan FSG, Pn Fairuzah Zaharos Mansor AMN dan diakhiri dengan penjelasan terperinci daripada pihak Timbalan Pegawai Sains, Chm Pn Shaheda Binti Ismail.
Penyertaan yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf yang terlibat memberi gambaran bahawa staf FSG masih menitikberatkan tanggungjawab dan komited dalam pekerjaan termasuk dalam urusan hal pentadbiran. Semoga semua staf FSG sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas dan mencapai kecemerlangan dalam ruang lingkup pekerjaan masing-masing.
BENGKEL FUNDAMENTALS & OPTIMIZATION OF PCR IN MOLECULAR RESEARCH
22 SEPTEMBER 2026
Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Matrioux (M) Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Bengkel Fundamentals & Optimization of PCR in Molecular Research pada 22 September 2026. Bengkel ini telah berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang bertempat di Bilik Seminar Epsilon A401, Makmal Biomolekular A503 dan Makmal Instrument Biologi A610, FSG, UiTM Shah Alam.
Program ini telah disertai oleh para peserta yang terdiri daripada warga FSG dan peserta luar berbayar. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan menyeluruh mengenai prinsip asas Polymerase Chain Reaction (PCR), penyediaan eksperimen, pengoptimuman parameter tindak balas, serta kaedah penyelesaian masalah (troubleshooting) dalam aplikasi biologi molekul.
Sepanjang bengkel tersebut, sesi teori dan latihan amali telah dikendalikan secara interaktif oleh penceramah jemputan dari Matrioux (M) Sdn. Bhd., iaitu Encik Dennis Ooi, Encik Muhammad Syukri Airil dan Cik Nur Asmar Azalinin Binti Maarof. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran praktikal, termasuk teknik pempaipetan yang betul, penyediaan master mix, memuatkan sampel (samples loading), dan analisis produk PCR menggunakan gel elektroforesis.
Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap amalan makmal yang baik bagi mengelakkan pencemaran sampel. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya meningkatkan kompetensi dan keyakinan teknikal staf makmal, di samping menyokong usaha fakulti dalam memperkasakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
FSG DAY OUT 2026
23 SEPTEMBER 2026
Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan sebuah program istimewa yang dinamakan FSG DAY OUT 2026. Membawa tema utama "Menghubungkan Hati, Memperkukuh Ukhuwah", program ini dirangka khusus untuk merapatkan hubungan sambil melakar kenangan dan mencipta memori bersama. Para peserta telah berkumpul bermula seawal jam 8.00 pagi hingga majlis tamat pada jam 5.00 petang di dua lokasi utama, iaitu Dataran Kemerdekaan Shah Alam (Padang B) dan Taman Persahabatan Selangor-Jepun Seksyen 14, Shah Alam.
Program sehari ini padat dengan pelbagai pengisian yang menggabungkan elemen kreativiti, kerjasama, dan riadah santai. Selepas sesi pendaftaran dan bersarapan, acara dimulakan dengan "Aktiviti 1: Creative Chef Challenge" untuk menguji bakat kulinari para peserta. Seterusnya, FSG Fun Games pula mengambil tempat. Antara permainan yang telah dijalankan adalah seperti Keseronokan program diteruskan ke sebelah petang dengan "Aktiviti 3: Frame the Friendship Challenge" yang bermula pada jam 2.30 petang. Program ini melabuhkan tirainya dengan penyampaian hadiah dan majlis penutup serta sesi bergambar.
Secara keseluruhannya, program FSG Day Out 2026 ini dilihat sebagai satu inisiatif pembangunan insaniah yang holistik kerana ia tidak hanya memfokuskan kepada fizikal semata-mata. Penggabungan kemahiran seperti memasak menerusi "Creative Chef Challenge" dan membentuk nilai kerjasama dalam pasukan. Pemilihan kawasan lapang berkonsepkan kehijauan di sekitar Shah Alam juga merupakan keputusan yang bijak bagi memberikan suasana santai yang lari daripada tekanan formal pekerjaan. Acara ini menjanjikan pengalaman pembinaan pasukan (team-building) yang berkualiti berteraskan elemen ukhuwah, kreativiti, kerjasama, dan kecemerlangan sepertimana yang diaspirasikan oleh penganjur.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM!!!