SELAMAT DATANG KE E-HELAI SDS
klik pada gambar untuk penggunaan
Inovasi e-HELAI SDS ini merupakan satu kemudahan akses kepada Helaian Data Keselamatan (SDS) untuk warga Fakulti Sains Gunaan dan pengguna luar. Dengan menyediakan akses yang lebih mudah dan pantas, aplikasi ini membolehkan pengguna untuk merujuk maklumat yang diperlukan mengenai bahan kimia secara lebih efisien.
Helaian Data Keselamatan (SDS) mengandungi 16 maklumat penting berkaitan sifat dan risiko bahan kimia yang wajib dirujuk bagi memastikan keselamatan ketika menjalankan ujikaji di makmal. Melalui e-HELAI SDS, carian bahan kimia menjadi lebih cepat, dengan paparan yang ceria dan menarik yang turut menyokong pengguna dalam pematuhan kepada peraturan dan undang-undang seperti CLASS Regulation 2013 dan Use and Standard Exposure of Chemical Hazardous to Health (USECHH) Regulation 2000. Selain itu, inovasi ini menyokong usaha di bawah COSHaW UiTM untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipelihara.
Dengan ciri butang carian yang mudah digunakan, e-HELAI SDS bukan sahaja memudahkan akses kepada data yang relevan, malah memastikan pengguna mematuhi peraturan keselamatan yang ketat. Ini membuka dimensi baharu kepada warga FSG, bahawa segala urusan di makmal yang melibatkan bahan kimia berbahaya kini lebih selamat dan teratur.
Harapan besar kami agar e-HELAI SDS menjadi alat rujukan utama untuk warga FSG dan seluruh UiTM, dalam memastikan amalan keselamatan makmal yang selari dengan standard dan peraturan yang telah ditetapkan.
Terima kasih.
Team Vorteks FSG
COPYRIGHT © 2023 UNIT MAKMAL FSG. ALL RIGHT RESERVED