Kegunaan HR2U adalah untuk kehadiran, permohonan cuti dan lain-lain urusan berkaitan dengan pengurusan sumber manusia.
Laman web HR2U boleh diakses di https://hr2u.uitm.edu.my/hr2u/stafflogin.jsp dan juga terdapat sebagai aplikasi telefon bimbit di kedua-dua sistem Android dan iOS.
FinEPortal adalah laman untuk hal ehwal dan urusan berkaitan dengan kewangan.
Laman FinEPortal boleh diakses di https://myfinancialsso.uitm.edu.my/fineportal/login.
UFUTURE merupakan learning management system (LMS) yang digunakan di UiTM. Login adalah lebih mudah dengan menggunakan akaun Google rasmi yang diberikan oleh UiTM.
Laman UFUTURE boleh diakses di https://ufuture.uitm.edu.my/home/
Aduan dan urusan berkaitan IT boleh dilakukan di portal UNITS
Laman UNITS boleh diakses di https://units.uitm.edu.my/
Portal I-STAF memberikan perkhidmatan berkaitan maklumat-maklumat penting berkaitan penjawatan anda.
Laman I-STAF boleh diakses di https://aplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/
Portal STARS juga memberikan perkhidmatan berkaitan maklumat-maklumat penting berkaitan penjawatan anda. Pastikan anda mengaktifkan akaun anda di portal ini terlebih dahulu sebelum boleh mengakses laman-laman lain di ekosistem UiTM.
Laman STARS boleh diakses di https://eproses.uitm.edu.my/mye/
SIMS bermaksud Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu. Anda boleh mendapatkan maklumat pelajar, jadual kelas dan lain-lain info akademik yang penting di sini.
Laman SIMS boleh diakses di https://sims-academic.uitm.edu.my/sims/login_form.cfm?id=1
MyATP adalah portal untuk anda melaporkan pencapaian KPI anda.
Laman MyATP boleh diakses di https://myatp.uitm.edu.my/
Laman PRIME adalah tempat anda merekodkan penerbitan dan projek komuniti.
Laman PRIME boleh diakses di https://prime.uitm.edu.my/
Anda boleh mendapatkan silibus kursus/subjek anda di laman AIMS.
Laman AIMS boleh diakses di https://aims.uitm.edu.my/curriculum/index.cfm
Sekiranya terdapat pelajar yang bermasalah dari segi kehadiran ke kelas, anda boleh melaporkan hal berkenaan di laman ini.
Laman e-Ponteng boleh diakses di https://kenyalang.uitm.edu.my/e-ponteng/
e-Res merupakan portal untuk anda memasukkan keputusan keseluruhan untuk kursus/subjek anda.
Laman e-Res boleh diakses di https://eres.uitm.edu.my/estaff/eres/login.htm
eLatihan merupakan sistem yang digunapakai oleh bahagian pentadbiran UiTM bagi merekod jam latihan kursus yang telah dihadiri oleh staf termasuklah staf pentadbiran dan juga staf akademik. Berdasarkan pekeliling Naib Canselor, setiap staf (sepenuh masa) haruslah memenuhi latihan sebanyak 42 jam setiap tahun. Kursus boleh diikuti secara bersemuka ataupun secara atas talian. Berikut adalah pecahan bagi jenis latihan beserta jumlah jam yang perlu dipenuhi:
1) Latihan Kompetensi Umum : 15 Jam
2) Latihan Kompetensi Khusus : 15 Jam
3) Latihan ICT : 12 Jam
Login ke iStaff Portal dan klik pada pautan eLatihan, atau Login terus ke sistem melalui pautan dibawah: http://iq.uitm.edu.my/eLatihan
Segala maklumat berkenaan kursus (nama kursus dan jumlah jam latihan kursus) yang telah dihadiri boleh disemak di dalam sistem eLatihan ini.
Untuk tujuan rekod, biasanya penganjur kursus (Cawangan UiTM) akan berikan pautan kehadiran (Google Form) di hujung program kepada staf untuk diiisi. Isi segala maklumat yang dikehendaki. Setelah selesai mengisi, tindakan lanjut untuk merekodkan kehadiran (jam latihan) ke dalam sistem akan dilakukan oleh staf dari kalangan pihak penganjur (Cawangan UiTM).
Sekiranya anda telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh organisasi luar, anda bolehlah muat turun Borang Laporan Kehadiran Kursus/Seminar/Membentang Kertas Kerja di download center https://sarawak.uitm.edu.my/index.php/formbook
Klik menu Administration Department, kemudian klik Borang Laporan Kehadiran Kursus/Seminar/Membentang Kertas Kerja untuk muat turun borang.
Isi borang tersebut dengan lengkap, minta cop dan tandatangan Ketua Bahagian/ Ketua Unit/ Ketua Pusat Pengajian @ KPP sebagai tanda pengesahan. Adalah digalakkan untuk lampirkan bersama gambar atau salinan kertas kerja bagi mengukuhkan lagi permohonan anda.
Sekiranya terdapat masalah berkenaan bilik kelas dan bilik pejabat yang melibatkan pintu, penghawa dingin, elektrik dan lain-lain, anda boleh membuat aduan di https://fms.uitm.edu.my/eAduan/
UiTM menyediakan pelbagai bahan rujukan akademik secara atas talian untuk kegunaan warga UiTM. Anda boleh akses sumber-sumber berkenaan di https://ptar.uitm.edu.my/pddt/subjects/databases.php?letter=bytype&type=Online%20Databases