Sementara menunggu Staff ID anda berstatus aktif di dalam sistem, Punch Card berbentuk fizikal akan diberi oleh pegawai pentadbiran sewaktu anda melapor diri. Terdapat dua mesin punch card, satu di kampus samarahan dan satu lagi di kampus samarahan 2. Mesin punch card kampus samarahan bertempat di lorong diantara pejabat cetak dan bilik kebal peperiksaan, Blok A, Ground Floor. Manakala mesin punch card untuk kampus samarahan 2 bertempat di blok pentadbiran dan juga di ground floor (berdekatan dengan pintu masuk Bahagian Kewangan).
Durasi kegunaan punch card merangkumi masa selama 2 ke 3 bulan iaitu sehingga anda menerima akses kepada login id.
HR2U adalah aplikasi untuk kegunaan merekod kehadiran dan memohon cuti yang menggantikan punch card anda.
Untuk dapatkan akses ke HR2U, mohon akses ke SIMS. Isi borang di https://4a9993fc-d68d-41eb-9233-167d9232b7ad.filesusr.com/ugd/d7e5b6_fefa950a270f45ff9917011b8e6bd74c.pdf. Dapatkan pengesahan KPP. Kemudian, memohon dan lampirkan borang di units.uitm.edu.my.
Email verifikasi akan muncul di email uitm anda dalam masa 24jam setelah pendaftaran.
Seterusnya anda boleh memuat turun aplikasi HR2U dengan mengikuti garis panduan ini https://hr2u.uitm.edu.my/hr2u/mobileapp.html
Paparan Aplikasi HR2U UiTM di Telefon Pintar
Logo Aplikasi HR2U UiTM di Google Play Store
Setiap kali anda ingin mengambil kehadiran anda melalui aplikasi HR2U, anda dikehendaki terlebih dahulu mengisi maklumat kedalam web portal/aplikasi Warga@UiTM. Langkah ini adalah perlu untuk membolehkan anda mengakses HR2U.
https://warga.uitm.edu.my/#/Index
Sekiranya anda perlu melaksanakan tugas-tugas rasmi di luar pejabat, anda perlulah membuat permohonan pengesahan keberadaan melalui sistem HR2U. Sila pilih sub-menu "Permohonan Pengesahan Keberadaan" seperti yang tertera di rajah di bawah.
Paparan Pengurusan Waktu Bekerja (Permohonan Pengesahan Keberadaan)
Kemudian isi kesemua maklumat yang dikehendaki seperti tarikh, waktu masuk, waktu keluar, sebab (mesyuarat di luar pejabat/ menghadiri program/ perbincangan atau konsultansi/ lawatan kerja/ lain-lain (sila nyatakan di ruang catatan).