Pemilihan Klinik Panel
Untuk tujuan perubatan, terdapat beberapa klinik perubatan/pergigian di sekitar kawasan kampus yang merupakan klinik panel kepada UiTM. Staf bebas untuk memilih tiga (3) klinik panel melalui sistem HR2U. Ikuti langkah berikut untuk melihat senarai klinik panel UiTM:
Log masuk ke sistem portal HR2UÂ
Pilih menu "Perubatan"
Kemudian pilih menu "Klinik" - "Senarai Klinik"
Paparan Pilihan Menu dan Sub-Menu untuk Perubatan
Seterusnya pilih kategori, jenis klinik, negara, negeri, bandar, sub bandar, 24 jam (waktu operasi) dan klik butang cari. Kemudian kesemua senarai klinik berdasarkan pilihan anda tadi akan terpapar di skrin.
Paparan Senarai Klinik dalam Sistem HR2U (Perubatan)
Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Rawatan
Adalah diingatkan bahawa UiTM hanya akan menanggung sebahagian daripada kos keseluruhan perubatan yang telah dikenakan kepada staf (klik pada sub-menu "kadar rawatan" untuk maklumat jenis rawatan dan kos maksimum yang ditanggung oleh UiTM). Tanggungan kos rawatan adalah dibayar oleh staf dahulu, kemudian staf boleh membuat "Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Rawatan" melalui sistem HR2U. Isi segala maklumat yang dikehendaki dan resit asal yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Urusetia Klinik Panel Kampus.
Paparan Pilihan Menu dan Sub-Menu untuk Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Perubatan