Selamat datang ke one-stop centre untuk pensyarah baru di UiTM Cawangan Sarawak
Tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada warga UiTM! Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke keluarga UiTM. Melalui laman web ini, diharapkan anda dapat menyesuaikan diri dengan ekosistem UiTM dengan selancar yang mungkin.
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.
Kecemerlangan: Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh
Sinergi: Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat
Integriti: Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi
Menyerlah Potensi, Membentuk Masa Depan