30 April 2018 - Dr Mohd Muzamir Mahat
Pada 14 April 2018 , bertempat di Sekolah Menengan Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Selangor, telah berlangsung satu program Jelajah Sains Bahan 2018 dengan tema ‘Promoting Materials Science:Transforming waste into wealth’. Program ini bertujuan memperkenalkan sains bahan kepada pelajar sekolah menengah seterusnya meningkat kesedaran tentang kepentingan sains bahan untuk tujuan transformasi bahan buangan kelapa sawit kepada sesuatu bahan bernilai. Program ini juga menyahut tema National STEM Movement.
Program ini melibatkan pelajar pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujuan Teknologi Bahan, Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam seramai 50 orang diketuai oleh Saudara Muhammad Faiz bin Aizamddin. Bilangan pelajar sekolah yang terlibat ialah seramai 120 orang.
Antara aktiviti yang berlangsung ketika program ini ialah, sesi ceramah oleh pensyarah-pensyarah Teknologi Bahan, Fakulti Sains Gunaan, pop quiz dan juga pameran sains oleh pelajar UiTM yang terlibat. Penceramah terlibat ialah Dr Mohd Muzamir Mahat (UiTM), Dr Shikh Shahrul Nizan (USIM), Puan Suzana Ratim (UiTM), Puan Nur Aimi Jani (UiTM), Puan Rabiatul Adawiyah Md Akhir (UiTM). Mereka berkongsi tajuk utama dalam bidang sains bahan termasuklah, pengenalan kepada sains bahan, bahan komposit, nanoteknologi dan bahan-nano, bahan elektronik dan juga bahan tenaga.
Pameran terlibat adalah bahan komposit berasaskan tandan kelapa sawit, teknologi karbon dan juga fabrik pengalir elektrik. Pelajar sekolah amat teruja dengan pameran eksperimen serta mendapat gambaran yang sangat baik tentang ilmu sains bahan.
Program ini mendapat suntikan dana daripada Fakulti Sains Gunaan Dan Geran Kecil Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Selangor dan dikelolai oleh Persatuan Pelajar Teknologi Bahan UiTM dan Pensyarah-pensyarah mereka.