Pertandingan Mathematical Olympiad (MO-IDM UiTM 2024) merupakan aktiviti utama program IDM UiTM 2024 yang menguji keupayaan minda peserta dalam menyelesaikan masalah matematik yang mencabar seperti kalkulus, algebra, trigonometri dan sebagainya. Peserta bebas menggunakan sebarang teori, logik mahupun formula matematik yang bersesuaian dengan kehendak soalan.
Pertandingan akan dijalankan secara bersemuka pada ketetapan berikut:
Tarikh: 7 Mac 2024 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi hingga 11:00 pagi
Tempat: Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/YqosiRKkHgjnVwmt8
Penyertaan adalah mengikut tiga kategori dan butirannya adalah seperti berikut:
Makluman dan syarat-syarat pertandingan:
a) Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia atau pelajar antarabangsa di sekolah dan universiti di seluruh Malaysia.
b) Penyertaan adalah secara individu dan mengikut kategori umur yang telah ditetapkan.
c) Pendaftaran dibuka mulai 15 Jan 2024 hingga 1 Mac 2024 dengan mengisi maklumat berikut: nama penuh peserta, nombor telefon, alamat email, bukti pembayaran yuran penyertaan (nama bank dan nombor akaun) di pautan Google Form yang disediakan.
d) Pertandingan ini akan dijalankan secara bersemuka pada 7 Mac 2024 (10:00 – 11:00 pagi).
e) Peserta dikehendaki berada di lokasi pertandingan 30 minit lebih awal bagi urusan pendaftaran dan persediaan sebelum pertandingan bermula.
f) Tempoh masa menjawab adalah 60 minit. Masa tambahan adalah tidak dibenarkan.
g) Peserta hanya boleh membawa bersama alat tulis dan kalkulator ke dalam dewan pertandingan. Penggunaan sebarang gajet seperti komputer riba, telefon pintar dan jam pintar, adalah tidak dibenarkan semasa pertandingan.
h) Sebarang perbincangan semasa pertandingan adalah tidak dibenarkan.
i) Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk pertandingan.
j) Ibubapa/Penjaga bagi peserta Kategori A perlu berada di lokasi MO sepanjang pertandingan.
k) Keselamatan peserta/penjaga adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
l) Pengangkutan ke lokasi pertandingan tidak disediakan.
m) Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan, pengangkutan atau kerosakan yang timbul berkaitan dengan pengurusan aktiviti ini.
n) Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan semasa majlis penutup program pada 30 April 2024 di Dewan Al-Ghazali, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam, saluran YouTube PPSM (https://www.youtube.com/@mathsc_uitm) dan laman Instagram IDM UiTM 2024 (https://www.instagram.com/idm.uitm/).
Penafian (Disclaimer):
a) Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan.
b) Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
c) Tiada surat/sijil penghargaan untuk guru penasihat/pengiring.
d) Tiada markah PAJSK akan diberikan kepada peserta.