Pertandingan ini diadakan secara terbuka kepada peserta berumur 10 hingga 25 tahun. Peserta perlu menghasilkan komik hasil gabungan dari lukisan, elemen dan idea matematik sebagai bahasa universal supaya boleh difahami oleh semua orang dari pelbagai latar belakang. Peserta perlu menyediakan komik dalam satu halaman sahaja dan bebas untuk berkarya dalam bentuk jalur komik (comic strip) atau komik panel-tunggal (single-panel comic) atau komik stail kartun (cartoon style comic).
Syarat-syarat penyertaan dan pertandingan:
a) Peserta adalah warganegara Malaysia berumur 10 hingga 25 tahun.
b) Tarikh tutup penyertaan adalah 25 Mac 2024.
c) Peserta perlu menghasilkan dan menghantar komik yang menggabungkan elemen atau idea matematik tanpa sebarang perkataan atau teks. Simbol dan tatatanda matematik adalah dibenarkan.
d) Peserta bebas untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui karya kreatif berbentuk komik tetapi ia harus sesuai untuk semua peringkat umur.
e) Hasil karya mestilah tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja). Sebarang kandungan berunsurkan keganasan atau tema-tema dewasa adalah dilarang.
f) Elakkan menggunakan karakter sedia ada atau orang sebenar yang tidak bersetuju untuk muncul dalam komik anda.
g) Peserta diminta menulis huraian atau penerangan ringkas untuk setiap komik yang dihantar tidak lebih dari 50 patah perkataan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan peserta perlu mengikuti akaun instagram rasmi IDM UiTM 2024 (https://www.instagram.com/idm.uitm/).
h) Peserta perlu menghantar komik tersebut dan mengisi maklumat lengkap di pautan yang disediakan. Hasil karya peserta akan dipaparkan di laman Instagram IDM UiTM dari 1 April 2024 hingga 21 April 2024 dan akan dinilai melalui undian berdasarkan jumlah undian “Like” (30%) dan penjurian penganjur (70%).
i) Peserta perlu mendaftar penyertaan mereka melalui pautan Google Form dengan mengisi maklumat berikut: nama penuh peserta, nama di akaun Instagram, alamat email, penerangan ringkas komik yang dihasilkan dan bukti pembayaran bagi yuran penyertaan.
j) Peserta perlu membuat pendaftaran baharu sekiranya ingin menghantar lebih daripada satu penyertaan.
Penafian (Disclaimer):
a) Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan.
b) Penganjur berhak menyiarkan hasil karya peserta di laman sosial atau mana-mana platform rasmi program ini.
c) Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Butir-butir teknikal:
a) Format fail: JPEG (sehingga 5MB).
b) Resolusi: Tidak lebih daripada 400 piksel.
c) Teknik: Semua teknik dibenarkan termasuk lukisan, kolaj, imej digital dan sebagainya.
Yuran penyertaan adalah seperti berikut: