Pertandingan ini diadakan secara terbuka kepada semua peserta warganegara Malaysia, tanpa yuran penyertaan dan dianjurkan untuk memeriahkan program IDM UiTM 2024. Seorang peserta dengan undian “Like/View/FYP” tertinggi pada video TikTok tersebut yang dilihat berdasarkan tanda pagar yang telah ditetapkan. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 20 April 2024 manakala pemenang akan dihubungi melalui Direct Message di akaun TikTok.
Syarat-syarat penyertaan dan pertandingan:
a) Peserta adalah warganegara Malaysia dan berumur 13 tahun dan ke atas.
b) Penyertaan adalah percuma.
c) Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu mengikuti dan 'tagged' laman sosial TikTok IDM UiTM (https://www.tiktok.com/@idm.uitm?_t=8j3UT5Kipe5&_r=1) dan menghasilkan video original TikTok yang bertemakan ‘Playing with Maths’ berdurasi 30 saat hingga 1 minit.
d) Peserta bebas untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui karya kreatif dalam paparan video TikTok berbentuk tarian / animasi / penceritaan / pengajaran dan sebagainya bersesuaian dengan semua peringkat umur.
e) Hasil karya mestilah tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja). Sebarang kandungan berunsurkan keganasan atau tema-tema dewasa adalah dilarang.
f) Elakkan menggunakan karakter sedia ada atau orang sebenar yang tidak bersetuju untuk berada dalam video anda.
g) Peserta boleh menghasilkan lebih daripada satu video namun hanya satu video yang akan dipilih sebagai pemenang.
h) Peserta diminta menulis tajuk/huraian ringkas untuk setiap video yang dikongsi dan meletakkan tanda pagar #IDM314, #piday, #IDMUITM2024 dan #MTCIDMUITM2024.
i) Akaun TikTok perlu ditetapkan dalam 'mode public' bagi memudahkan penganjur menghubungi peserta melalui Direct Message.
j) Penyertaan adalah secara individu sahaja. Namun video yang dihasilkan boleh melibatkan individu lain atas persetujuan mereka. Hanya pemilik akaun TikTok yang menghantar penyertaan sahaja yang layak dinobatkan sebagai pemenang.
Penafian (Disclaimer):
a) Video yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan tidak akan dinilai.
b) Penganjur berhak menyiarkan hasil karya peserta di laman sosial rasmi program ini.
c) Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.