Aktiviti ini dianjurkan untuk menguji kreativiti para pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM), Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), Universiti Teknologi MARA Shah Alam merekacipta permainan karnival bertemakan matematik selain menggalakkan interaksi sosial antara mereka. Permainan karnival merujuk kepada pelbagai permainan informal yang interaktif dan sesuai dimainkan dalam acara karnival.
Pelaksanaan aktiviti adalah secara bersemuka pada ketetapan berikut:
Tarikh: 30 April 2024 (Selasa)
Masa: 10:00 pagi hingga 3:30 petang
Lokasi: Dewan Al-Ghazali (DAG), Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam
Google map: https://maps.app.goo.gl/YqosiRKkHgjnVwmt8
Syarat-syarat penyertaan dan pertandingan:
a) Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan dan terbuka hanya kepada pelajar di bawah Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM), KPPIM, UiTM Shah Alam tanpa sebarang yuran penyertaan.
b) Setiap kumpulan terdiri daripada 2 hingga 4 orang pelajar sahaja.
c) Setiap kumpulan dikehendaki menghantar cadangan berbentuk poster yang mengandungi idea dan perancangan secara bertulis dan visual untuk merekacipta permainan karnival bertemakan 'Playing with Math'.
d) Pendaftaran kumpulan boleh dibuat dengan mengisi maklumat berikut: nama kumpulan, nama penuh setiap ahli kumpulan, program pengajian, nombor ID pelajar dan alamat email UiTM pelajar serta memuatnaik poster cadangan permainan melalui borang pendaftaran di pautan Google Form.
e) Sebarang pertukaran ahli selepas pendaftaran atau di saat-saat akhir adalah tidak dibenarkan.
f) Tarikh akhir pendaftaran dan penghantaran kertas cadangan adalah pada 15 Mac 2024.
g) Hanya 10 kumpulan dengan kertas cadangan terbaik akan akan diumumkan pada 22 Mac 2024 (Jumaat).
h) 10 kumpulan finalis tersebut MESTI mempamerkan permainan karnival bertemakan 'Playing with Math' seperti yang dirancang semasa majlis penutup IDM UiTM 2024 yang akan berlangsung pada 30 April 2024 di KPPIM, UiTM Shah Alam.
i) Setiap kumpulan perlu menyediakan sendiri bahan dan peralatan permainan mengikut kreativiti masing-masing. Pihak penganjur hanya akan menyediakan booth dengan kelengkapan asas seperti meja, kerusi, board untuk kelancaran aktiviti.
j) Setiap kumpulan bebas untuk menggunakan pelbagai cara dan teknik untuk menjalankan aktiviti permainan serta menggalakkan kehadiran pengunjung untuk memeriahkan karnival.
k) Sebarang peralatan permainan yang berbahaya seperti penggunaan senjata api, mercun, alatan tajam dan seumpamanya adalah dilarang. Keselamatan peserta dan pengunjung karnival sangat diutamakan.
Penafian (Disclaimer):
a) Aktiviti permainan yang diadakan harus sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja). Elakkan juga menggunakan unsur keganasan atau tema-tema dewasa yang tidak bersesuaian.
b) Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan.
c) Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
d) Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul atau berkaitan dengan pengurusan aktiviti dan juga keputusan pertandingan.
Panduan penulisan cadangan permainan