Para pemimpin sekolah memainkan peranan dalam membantu pelajar, menjaga motivasi guru-guru, serta memastikan proses pembelajaran dan pengajaran tetap berlangsung. Dalam masa krisis seperti inilah, pelbagai pihak bergantung kepada kepimpinan yang jitu.
Tiga siri webinar ini adalah bertujuan untuk:
Webinar #1: Mengenal pasti strategi membina hubungan kerjasama dengan ahli keluarga pelajar bagi meningkatkan penglibatan pelajar semasa pembelajaran jarak jauh.
Webinar #2: Mengenal pasti strategi mengukur hasil pembelajaran pelajar.
Webinar #3: Mengenal pasti strategi mengintegrasikan Pembelajaran Emosi Sosial (Social Emotional Learning ) ke dalam program sekolah.
Tahukah anda bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia terjejas dengan masalah kesihatan mental? Untuk memberi maklumat tepat tentang kesihatan mental, sebuah buku panduan kesihatan mental telah disediakan oleh Malaysian Psychiatric Association (MPA), Malaysian Mental Health Association (MMHA) and Pfizer Malaysia.
Buku panduan kesihatan mental ini menerangkan tanda-tanda dan simptom masalah kesihatan mental, serta langkah-langkah untuk menguruskan kesejahteraan mental diri dan berkomunikasi masalah ini dengan orang yang anda sayangi. Buku panduan ini juga menyediakan senarai perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia.
Sumber: https://www.myhealthmylife.com.my/
Dalam menghadapi senario yang tidak pernah dialami sebelum ini, pelajar mungkin berdepan dengan rasa bimbang dan gelisah. Cara untuk memberikan sokongan bagi kebajikan pelajar adalah seperti dalam panduan ini.
Dalam membiasakan diri bekerja dari rumah, adalah mustahak untuk pemimpin sekolah menyediakan cara-cara baru untuk memastikan operasi sekolah yang penting dapat berfungsi dengan baik.
Untuk memastikan pelajar dapat terus belajar, pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan kelengkapan guru untuk menjalankan pengajaran jarak jauh.