Memandangkan pelajar tidak dapat lagi berinteraksi secara fizikal dengan guru, penglibatan ibu bapa adalah amat penting untuk menjaga kebajikan dan pembelajaran jarak jauh secara berterusan untuk anak-anak mereka.
Tahukah anda bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia terjejas dengan masalah kesihatan mental? Untuk memberi maklumat tepat tentang kesihatan mental, sebuah buku panduan kesihatan mental telah disediakan oleh Malaysian Psychiatric Association (MPA), Malaysian Mental Health Association (MMHA) and Pfizer Malaysia.
Buku panduan kesihatan mental ini menerangkan tanda-tanda dan simptom masalah kesihatan mental, serta langkah-langkah untuk menguruskan kesejahteraan mental diri dan berkomunikasi masalah ini dengan orang yang anda sayangi. Buku panduan ini juga menyediakan senarai perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia.
Sumber: https://www.myhealthmylife.com.my/
Tanpa kehadiran fizikal guru-guru, ibu bapa memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak terus belajar berikutan penutupan sekolah.
Menjaga anak-anak sambil bekerja dari rumah merupakan tugas yang amat mencabar. Oleh itu, mencapai keseimbangan yang betul adalah kunci untuk menjaga kesejahteraan ibu bapa dan pada masa yang sama, memberikan sokongan yang tepat untuk anak-anak.