Walaupun sekolah ditutup, ianya masih sangat penting untuk anda (pelajar-pelajar) untuk terus belajar.
Panduan ini boleh membantu anda.
Aktiviti-aktiviti dalam buku panduan ini dirangka untuk membantu pelajar mengenal pasti emosi serta punca di sebalik emosi tersebut, mengambil tindakan yang sesuai terhadap emosi/punca tersebut, berkongsi perkembangan diri, dan membantu rakan-rakan melakukan perkara yang sama.
Masa itu emas! Pelajari cara mengurus masa dengan efektif supaya anda dapat menyeimbangkan pengunaan masa antara aktiviti belajar dengan aktiviti yang lain.
Apabila kita membantu & memberi sokongan kepada rakan sekelas, kita dapat memastikan bahawa tiada sesiapa yang ketinggalan, terutamanya semasa pembelajaran jarak jauh dijalankan.
Tahukah anda bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia terjejas dengan masalah kesihatan mental? Untuk memberi maklumat tepat tentang kesihatan mental, sebuah buku panduan kesihatan mental telah disediakan oleh Malaysian Psychiatric Association (MPA), Malaysian Mental Health Association (MMHA) and Pfizer Malaysia.
Buku panduan kesihatan mental ini menerangkan tanda-tanda dan simptom masalah kesihatan mental, serta langkah-langkah untuk menguruskan kesejahteraan mental diri dan berkomunikasi masalah ini dengan orang yang anda sayangi. Buku panduan ini juga menyediakan senarai perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia.
Sumber: https://www.myhealthmylife.com.my/
Belajar dari rumah? Berikut adalah beberapa tips dan langkah untuk memastikan anda terus belajar dengan baik di rumah.
Rasa tertekan? Berikut adalah panduan mudah untuk anda menyesuaikan diri dengan baik pada tempoh ini dan kekal positif.