Seiring dengan pelaksanaan pembelajaran jarak jauk, guru-guru diingatkan untuk mengambil kira keperluan murid-murid dan membina kolaborasi kuat dengan ibu bapa demi memastikan kelangsungan pembelajaran jarak jauh.
Tiga siri webinar ini adalah bertujuan untuk:
Webinar #1: Mengenal pasti strategi membina hubungan kerjasama dengan ahli keluarga pelajar bagi meningkatkan penglibatan pelajar semasa pembelajaran jarak jauh.
Webinar #2: Mengenal pasti strategi mengukur hasil pembelajaran pelajar.
Webinar #3: Mengenal pasti strategi mengintegrasikan Pembelajaran Emosi Sosial (Social Emotional Learning ) ke dalam program sekolah.
Mari kita belajar cara untuk mendengar dan memberi galakan kepada pelajar untuk meluahkan perasaan mereka.
Tahukah anda bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia terjejas dengan masalah kesihatan mental? Untuk memberi maklumat tepat tentang kesihatan mental, sebuah buku panduan kesihatan mental telah disediakan oleh Malaysian Psychiatric Association (MPA), Malaysian Mental Health Association (MMHA) and Pfizer Malaysia.
Buku panduan kesihatan mental ini menerangkan tanda-tanda dan simptom masalah kesihatan mental, serta langkah-langkah untuk menguruskan kesejahteraan mental diri dan berkomunikasi masalah ini dengan orang yang anda sayangi. Buku panduan ini juga menyediakan senarai perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia.
Sumber: https://www.myhealthmylife.com.my/
Panduan ini bertujuan untuk membantu guru-guru mempersiapkan pelajar-pelajar untuk sebarang kemungkinan penutupan sekolah serta memudahkan proses peralihan kepada pembelajaran jarak jauh.
Anda boleh memanfaatkan pelbagai sumber untuk menghadapi cabaran-cabaran setiap hari dengan lebih cekap. Kongsikanlah panduan ini dengan rakan sekerja anda.
Rujuk panduan ini untuk cara-cara menjaga kesejahteraan pelajar bagi membolehkan proses pembelajaran yang efektif.
Pelan strategi ini disusun untuk membina daya ketahanan emosi guru dan menjaga kesejahteraan diri guru.
Disebabkan bukan semua pelajar mempunyai akses kepada internet/peranti elektronik, guru-guru perlu menggunakan metodologi yang sesuai untuk pengajaran jarak jauh yang berkesan secara berterusan.
Dalam situasi di mana interaksi bersemuka antara guru dan pelajar akan berkurang atau tiada sepenuhnya, ianya adalah amat penting bagi guru-guru untuk bekerjasama dengan ibu bapa supaya sokongan dari segi kesejahteraan dan pembelajaran pelajar dapat diteruskan.
Cara untuk mendapatkan penglibatan berterusan daripada pelajar dan sokongan emosi kepada pelajar ada seperti dalam panduan ini.