Berikutan penutupan sekolah akibat krisis Covid-19, kami ingin memastikan pembelajaran berterusan untuk semua pelajar di Malaysia. Dalam meneruskan usaha kami sebagai barisan hadapan menambahbaik pendidikan, kami berhasrat untuk menghasilkan satu set panduan dan sumber pembelajaran jarak jauh.
“It takes a village to raise a child.“
Kerjasama pelbagai pihak adalah sangat penting untuk menjayakan pembelajaran jarak jauh.
Klik pada profil pengguna yang mewakili diri anda untuk mengakses panduan dan bahan-bahan yang paling relevan/sesuai dengan anda.
"Panduan yang paling berguna untuk saya adalah panduan pembelajaran jarak jauh secara efektif (dengan teknologi/ jalur lebar rendah) dengan menggunakan WhatsApp... Saya dapat menarik perhatian ramai pelajar... Saya juga mendapat maklumbalas daripada pelajar bahawa kaedah ini sangat efektif kerana mereka dapat mengumpul dan muat turun nota dengan mudah."
"Dengan menggunakan tips yang diberikan, saya kini mudah menarik minat pelajar untuk menjalani pembelajaran secara jarak jauh (dalam situasi teknologi/ jalur lebar rendah) dengan WhatsApp. Kaedah ini memberikan saya peluang untuk menjadi guru yang prihatin... Pelajar saya kini memberi respons yang amat menggalakkan."