mengenal pasti ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapatkan penyokong
“Ada bahan dan peralatan yang betul itu bagus untuk membolehkan kita memperbaiki ruang permainan. Apa yang lebih penting, adalah mengenal pasti bahan dan peralatan yang mana yang terbaik untuk diguna dan tahu cara menggunakannya, kerja kita membina ruang permainan akan menjadi lebih mudah,” kongsi Cikgu Chang.
“Sama halnya dengan persiapan untuk mendapatkan orang yang betul sebagai penyokong kita. Sebelum itu, kita sendiri terlebih dahulu mesti memiliki ciri-ciri atau kemahiran yang bermakna kepada orang lain. Sebagai contoh, jika kita mahukan penyokong yang bersemangat, diri kita sendiri dahulu perlulah bersemangat!”
“Apa kemahiran atau ciri-ciri yang patut kita ada untuk mendapatkan sokongan daripada orang-orang yang hebat?” tanya Ana.
Klik butang '>' untuk meneroka kesemua 7 kualiti!
Ingat lagi video Persidangan Pelajar pada halaman pertama modul ini?
Mari kita tonton semula coretan Persidangan Pelajar TFM dan perhatikan rakan-rakan kita menyuarakan pendapat mereka dengan yakin supaya kita juga terinspirasi.
Beri perhatian kepada apa yang dikongsi oleh Vassenthen, Fatini, Najihah dan Sakiani tentang perjalanan serta pengalaman mereka di Persidangan Pelajar. Kemudian, fikir dan jawab soalan-soalan berikut:
1. Apa perasaan kamu semasa menonton video?
2. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada pelajar-pelajar di dalam video tersebut?
3. Apakah ciri-ciri atau kebolehan yang kamu ingin pelajari daripada pelajar-pelajar tersebut?
Sekarang kita telah mendapat maklumat tentang ciri-ciri yang diperlukan bagi mendapatkan sokongan. Fikirkan sejenak tentang ciri-ciri tersebut.
Adakah kamu telah memiliki ciri-ciri tersebut, dan ciri-ciri yang manakah yang kamu ingin pelajari dengan lebih lanjut? Pilih sebanyak mana pilihan yang berkaitan dengan diri kamu.