menyatakan sebab mengapa pelajar ingin melakukan perubahan; dan
belajar kepentingan penyokong dalam advokasi (advocacy)
“Terima kasih atas contoh yang jelas tadi, Mei Ling. Betul kata kamu,” kata Cikgu Chang.
“Mari saya tunjukkan beberapa contoh lain untuk menerangkan apa yang dimaksudkan oleh Mei Ling tadi,” lalu menayang beberapa gambar daripada komputer ribanya.
UNDI18 mendidik belia Malaysia untuk menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kewarganegaraan melalui kempen seperti Seeds For Democracy.
Dewan Bahasa dan Pustaka memberi kesedaran bahasa tentang ejaan yang betul di pelantar media sosial mereka.
Kita semua pernah menyertai ceramah oleh pegawai polis yang datang ke sekolah untuk mengajar tentang keselamatan dan cara mencegah jenayah supaya kita berhati-hati dan kekal selamat setiap masa.
“Wah, saya pernah lihat klip video pegawai itu di TikTok,” kata Kieran.
“Ya, ini adalah beberapa contoh kempen sokongan (advocacy), iaitu aktiviti di mana kita mengajak atau mendesak sesuatu tindakan/perubahan daripada orang lain,” jelas Cikgu Chang.
“Apa yang telah Ana dan Mei Ling lakukan, dengan mengumpulkan kamu semua bersama untuk memperbaharui keadaan taman permainan adalah suatu bentuk advokasi. Advokasi memang memerlukan ramai orang untuk membuat perubahan bersama-sama.”
Cikgu Chang memaparkan gambar UNDI18, dengan teruja beliau berkongsi,
“Lihat contoh ini, kempen UNDI18. Pernah dengar?
Ini projek pelajar yang telah berkembang menjadi gerakan belia dan telah berjaya menyuarakan sokongan mereka untuk meminda umur kelayakan pengundi minimum daripada 21 tahun kepada 18 tahun dalam Perlembagaan Persekutuan!”
Ana bertanya, “Adakah kempen UNDI18 sama dengan apa yang kita mahu buat di sini?”
“Aktiviti menyokong usaha UNDI18 tidak berjaya dengan mudah.
Perubahan tidak mungkin boleh berlaku apabila dilakukan sendirian.
Semakin ramai orang menyokong dan menyebelahi kita, lebih besar peluang untuk menjadikan mimpi suatu realiti,” ujar Cikgu Chang.
Pakatan Pelajar Global (Malaysian Students’ Global Alliance)
Hubungan dengan pelbagai organisasi pelajar/belia Malaysia
di dalam dan di luar negara.
Peserta bengkel latihan
pendidikan pengundi, dialog awam, forum
dan aktiviti penglibatan masyarakat.
Lebih 200 orang
yang menyertai
protes Mana Undi Kami pada tahun 2021.
18 belia di Kuala Lumpur
dan 5 belia di Kuching
yang menyerahkan semakan kehakiman berkenaan penundaan pelaksanaan umur kelayakan mengundi minimum kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Kuching.
Sokongan daripada ahli politik dari pelbagai sudut, termasuk
YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
(mantan Menteri Belia dan Sukan).
Ramai orang yang terlibat dalam perjalanan panjang ini.
Tanpa usaha mereka semua untuk bersama-sama menyuarakan sokongan terhadap kempen ini dan mengatasi satu persatu cabaran yang ada (seperti yang dipelajari dan Modul 2: Daya Tahan), mustahil untuk umur kelayakan mengundi dapat diturunkan seperti hari ini.
Tiada advokasi yang berlaku tanpa sebab. Apa harapan kamu terhadap komuniti kamu sendiri?
Adakah kamu berharap untuk melakukan sebarang perubahan? Apa yang perlu dibuat supaya wujud perubahan?
Kongsi pendapat kamu pada Padlet di bawah.
Masukkan nama dan bandar tempat tinggal kamu dan mulakan perkongsian.