tidak membiarkan cabaran menghalang saya daripada menyelesaikan tugas; dan
belajar daripada kesilapan serta kegagalan saya
Ana kelihatan keliru, jadi Kieran menjelaskan, "Terdapat dua jenis pemikiran: ‘Minda Tetap’ dan ‘Minda Pertumbuhan’. Dengan Minda Tetap, awak percaya awak tidak boleh melakukan sesuatu kerana awak belum pernah melakukannya sebelum ini. Tetapi dengan Minda Pertumbuhan, awak percaya awak boleh belajar dan memperbaiki diri dengan latihan berterusan."
Ana termenung sejenak kemudian berkata, "Baiklah, saya akan cuba!"
Kieran menunjukkan cara memegang gitar dan tempat meletakkan jemari pada tali. Ana berasa kecewa kerana melodi yang dihasilkan kedengaran sumbang, tetapi Kieran terus menggalakkan Ana untuk mencuba.
"Ingat Ana, buat silap tidak mengapa. Begitulah cara kita belajar. Saya mempunyai tiga cara khas yang membantu saya membina Minda Pertumbuhan saya."
Pertama
"Setiap kali awak berhadapan dengan cabaran yang sukar diselesaikan seolah-olah tidak dapat memadankan kepingan puzzle yang sesuai, jangan risau!
Kesilapan membantu kita belajar!"
Kedua
"Ucapkan perkara baik kepada diri sendiri.
Daripada berkata, 'Saya tidak boleh melakukannya,'
lebih baik katakan, 'Saya masih belajar!'
Dengan cara itu, awak pasti akan jadi berani untuk mencuba lagi!"
Akhir sekali
"Berseronoklah!
Ibu saya selalu berkata kadang-kadang, kita terlalu fokus untuk menyelesaikan sesuatu secepat mungkin,
tetapi sebenarnya penting untuk berseronok di sepanjang perjalanan dan meraikan setiap langkah kecil!"
“Baiklah, mari cuba ini!” Kieran mencabar Ana untuk menggunakan Minda Pertumbuhan melalui peta minda yang dilukisnya di atas tanah menggunakan kayu.
Bantu Ana memilih jalan yang patut diambil!
Kamu sudah mengetahui apakah Minda Pertumbuhan, kenal pasti dan susun semula pernyataan dalam kuiz ini mengikut kategori Minda Tetap atau Minda Pertumbuhan.