mengetahui sebab saya perlu mendapatkan sokongan; dan
mengetahui siapa yang perlu dihubungi untuk mendapatkan sokongan
Cikgu Chang menoleh kepada para pelajarnya dan berkata, "Apabila kita memerlukan bantuan, jangan malu untuk meminta bantuan daripada orang lain.
Dan apabila kita mempunyai kemampuan untuk membantu seseorang, seeloknya kita tawarkan bantuan tersebut kepada yang memerlukan.
Kita adalah satu pasukan, dan kita sedia untuk menyokong satu sama lain."
Apabila kita meminta bantuan daripada orang lain, kita mendapat peluang untuk mempelajari perkara baharu.
Meminta bantuan mengeratkan hubungan dengan orang lain. Ini menunjukkan bahawa kita mempercayai dan menghargai sokongan mereka.
Tambahan pula, ada kala kita mungkin berasa sedih atau kecewa. Mencari bantuan membolehkan kita meluahkan perasaan dan menerima sokongan emosi daripada orang di sekeliling kita, sama ada guru, ibu bapa atau rakan.
"Ana, kamu minta tolong daripada siapa bila kamu memerlukannya?" tanya Cikgu Chang.
Ana menjelaskan,
"Apabila saya jatuh dari basikal pada minggu lalu,
saya berlari mendapatkan ibu bapa saya untuk membantu merawat luka saya."
"Di sekolah,
jika saya perlukan bantuan dengan kerja rumah saya,
biasanya saya akan bertanya kepada guru atau rakan di dalam kelas ini."
"Oh! Saya masih ingat minggu lepas saya ternampak seorang murid telah dibuli,
dia berlari kepada pengawal keselamatan untuk meminta pertolongan.
Nasib baik pembuli itu takut dengan pengawal dan melarikan diri!"
Mei Ling turut serta berkongsi jawapan.
"Okey, sudah beres, Cikgu Chang! Cikgu boleh guna projektor sekarang."
"Terima kasih, Mei Ling!" kata Cikgu Chang.
"Ya, betul Ana, Mei Ling! Kamu boleh meminta bantuan daripada sesiapa sahaja di sekeliling kamu tidak kira tua ataupun muda, semua boleh membantu.
Jika kamu tidak pernah bertanya, kamu tidak akan tahu!"
Cuba fikirkan suatu masa apabila kamu memerlukan bantuan, tetapi kamu berasa takut untuk memintanya, kemudian apa yang kamu lakukan?
Kongsikan pengalaman kamu dalam Padlet di bawah ini!