UNIT INTEGRITI
UNIT INTEGRITI
1. Selaras dengan hasrat kerajaan mengutamakan pembangunan modal insan, pengurus sumber manusia sektor awam hendaklah melaksanakan penambahbaikan dalam urusannya dengan menerapkan aspek psikologi dan kaunseling. Melalui pendekatan sedemikian, faktor manusia sebagai modal insan dapat diperkasakan ke tahap yang optimum.
2. Menjalankan program / aktiviti pengukuhan integriti untuk Staf, Peserta PLAK dan Peserta Kursus.
3. Memberikan perkhidmatan kaunseling dan rundingcara syarie kepada Staf, Peserta dan Peserta Kursus yang memerlukan.
4. Memastikan pengurusan dan pengoperasian yang melibatkan aspek pembangunan, dan pemulihan semua Staf, Peserta PLAK dan Peserta Kursus dikendalikan secara profesional, efektif dan berintegriti.
5. Meneliti dan memantau pengurusan kewangan bagi memastikan Staf PULAPOL KL bebas dari gaji di bawah 40% dan tidak tergolong dalam status kebankrapan.
6. Merangka,merancang, menyelaras dan meyelia pelaksanaan aplikasi psikologi pembangunan personel melalui program, sesi kaunseling, rundingcara dan khidmat nasihat yang melibatkan staf PULAPOL KL dan peserta PLAK diperingkat dalaman selari dengan dasar kerajaan dalam membentuk modal insan yang sejahtera, berkualiti dan berintegriti.
1. Pegawai Hal Ehwal Islam adalah bertanggungjawab bagi memperkasakan Polis Diraja Malaysia dengan memantapkan pengetahuan Fardhu Ain Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan peserta PLAK.
2. Segala urusan dan hal ehwal berkaitan bidang agama dan moral ke arah mewujudkan kesejahteraan warga Polis Diraja Malaysia.Memastikan semua staf, peserta PLAK dan peserta kursus mempunyai ilmu kepolisan berteraskan elemen-elemen kerohanian dan keagamaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
3. Memberi teguran dan nasihat kepada Staf, Peserta PLAK dan Peserta Kursus sekiranya terdapat sebarang perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak serta keputusan rasmi Majlis Muzakarah Fatwa Negeri dan Kebangsaan.
4. Memastikan segala program keagamaan selaras dengan arahan pentadbiran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman serta Jabatan Agama Islam Negeri.
5. Merancang dan melaksanakan program, aktiviti serta kursus berkaitan hal ehwal Islam dari segi akidah, ibadah, dakwah, sahsiah, kebajikan dan kekeluargaan Islam kepada Staf, Keluarga, Peserta PLAK dan Peserta Kursus.
6. Memantau segala aktiviti keagamaan di PULAPOL KL agar tidak bertentangan dengan hukum syarak.
7. Melaksanakan penyemakan segala urusan hal ehwal berkaitan bidang agama ke arah mewujudkan kesejahteraan warga PULAPOL KL termasuk Peserta PLAK.
1. Menjalankan urusan pentadbiran / perjawatan.
2. Membuat semakan rekod tatatertib dan perisytiharan harta semua Staf termasuk Peserta PLAK.
3. Menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod tatatertib Staf dan Peserta PLAK atau Peserta Kursus.
4. Menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod harta serta menerima, memproses dan menganalisis pengakuan perisytiharan harta Staf dan Peserta PLAK.
5. Merancang / mengadakan kursus dan latihan berteraskan integriti dan pematuhan standard untuk Staf.
6. Memantau dan menjalankan pendataan serta mengemukakan statistik sebagaimana arahan pihak atasan.
7. Memberi perkhidmatan yang cekap dan meyakinkan serta memenuhi kehendak pelanggan melalui pendekatan yang profesional, responsif dan mesra pelanggan.
8. Menjalankan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalam skop pengurusan maklumbalas.
9. Bertanggungjawab menerima, menyemak, menyaring, mengklasifikasikan, mendaftar serta mengagihkan ke semua maklumbalas yang diterima daripada pelanggan.
10. Menguruskan maklumat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Maklumat yang disalurkan oleh pemberi maklumat akan diberi perlindungan sebagaimana yang digariskan di bawah akta ini.