KEPIMPINAN PULAPOL KUALA LUMPUR
KEPIMPINAN PULAPOL KUALA LUMPUR
SAC KAMAL FAIZUL BIN MOHD ZAIN
KOMANDAN
_________________
Dilahirkan pada 10 Jun 1963 di Kuala Kangsar, Perak kepada pasangan Hj Mohd Zain Bin Hj Busu Ahmad dan Hjh Fatimah Bt Hj Abd Hamid. Telah mendirikan rumahtangga bersama Raja Hanizah bt Raja Abd Hai dan dikurniakan 4 orang cahayamata.
Berkelulusan dalam bidang Sarjana Sains Sosial (Penuh) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sejarah perkhidmatan beliau dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pada 05 April 1987 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP). Selepas tamat menjalani latihan, beliau ditugaskan sebagai PT Pentadbiran di Kontinjen Pahang.
Mempunyai pengalaman bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kewangan sebagai Pegawai Lantikan Khas. Turut mempunyai sejarah penugasan di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sebagai Penolong Pengarah (Pematuhan), Bahagian Pematuhan Standard dengan pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).
Bertarikh 06 April 2021, telah dinaikan ke pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) dan diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM dengan memegang tampuk kepimpinan sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
ACP LAM CHIN FEI
TIMBALAN KOMANDAN LATIHAN
______________________________________________
Memulakan kerjaya kepolisan sebagai Kadet Asisten Superintenden Polis pada 17 Disember 1989 ketika berusia 26 tahun. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini, dilahirkan pada 08 Mei 1964 dan telah dikurniakan 3 org cahaya mata. Berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian.
Bertugas di pelbagai Jabatan, Kontinjen, Daerah, termasuk sebagai Pegawai Pemerintah berpangkat Superintenden di Batalion 17, Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am selama lebih 4 tahun. Kini, beliau ditugaskan sebagai Timbalan Komandan (Latihan), PULAPOL Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP)
SUPT. RAZALI BIN MOHD SHAHID
TIMBALAN KOMANDAN KEPOLISAN AM
_______________________________________________________
Anak Kelahiran daerah Sekincan, Selangor ini dilahirkan pada 10 September 1966 dan mula menceburkan diri dalam bidang kepolisan sebagai Pelatih Konstabel pada 05 Januari 1986 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Telah berumahtangga dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.
Nekad memajukan diri, beliau memohon jawatan sebagai Inspektor Pelatih dan menjalani latihan pada 01 November 1998. Penempatan pertama sebagai Inspektor Cawangan Khas di IPK Kuala Lumpur dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Assisten Superintendan Polis sebagai ASP Hal Ehwal Awam / Pesara Polis, Jabatan Pengurusan IPK Terengganu selama lebih 6 tahun sebelum bertukar dan dinaikkan pangkat Deputi Superintenden Polis (DSP) ke PULAPOL Kuala Lumpur sebagai Ajutan. Beliau dinaikkan ke pangkat Timbalan Komandan (Kepolisan Am) berpangkat Superintenden Polis (SUPT) hingga kini.