SYARAT PENYERTAANÂ
TERBUKA kepada semua pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia serta mana-mana pelajar IPTA/IPTS yang berminat dengan syarat WAJIB menyertai Pertandingan Inovasi FAMB 2024 atau Pertandingan Jualan Agropreneur FAMB 2024.
Penyertaan adalah secara berkumpulan terdiri daripada 3-4 pelajar (1 kumpulan).
Penyertaan adalah secara PERCUMA bagi 1 kumpulan/institusi (politeknik dan kolej komuniti sahaja). Bayaran akan dikenakan RM30 (PolyCC) dan RM50 (Selain PolyCC) untuk kumpulan berikutnya.
Terdapat 2 KATEGORI pertandingan Pitching iaitu:
i. Idea (Inovasi di peringkat idea)
ii. Komersial (Inovasi sekurang-kurangnya telah mempunyai rekod jualan)
TIADA HAD untuk bilangan penyertaan daripada setiap institusi
Setiap penyertaan WAJIB menghantar video pitching yang berdurasi maksimum 3 minit berkaitan idea atau produk inovasi
Tarikh akhir penghantaran video adalah pada 30 Jun 2024, sebelum 11.59 malam di pautan https://forms.gle/CMqhYvondSby2tug7
Panduan penyediaan video pitching perlu mengikut Panduan Penyediaan Video Pitching yang telah digariskan.
Idea atau produk yang dipertandingkan mestilah karya atau idea asli dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. Sekiranya peserta didapati melanggar syarat berkaitan maka penyertaan akan TERBATAL secara automatik dan hadiah kemenangan akan ditarik balik.
Hanya idea inovasi atau produk/perkhidmatan inovasi yang TIDAK PERNAH MENYERTAI MANA-MANA PERTANDINGAN dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
Penggunaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu adalah dibenarkan.
Sijil penyertaan dan sijil pencapaian akan diberikan kepada peserta.
PANDUAN PENYEDIAAN VIDEO PITCHING
Penggunaan elemen Business Model Canvas (BMC) amat digalakkan semasa penyediaan kandungan video.
Tempoh video adalah tidak melebihi 3 minit.
Peserta DIGALAKKAN untuk menunjukkan prototype atau produk di dalam video tersebut.
Video mestilah mempunyai resolusi 720 ke atas
Format penyediaan video pembentangan adalah mengikut kreativiti peserta. Berikut adalah elemen yang boleh digunakan sebagai kandungan video berkaitan iaitu:
Muka depan video mengandungi nama peserta, institusi yang diwakili dan nama produk/perkhidmatan/idea inovasi.
Penyataan masalah (Problem statement)
Diskripsi Produk (product description)
Keunikan/kegunaan produk (Benefits of product)
Potensi dan sasaran pasaran (Market potential and customer segment)
Strategi pemasaran
Video perlu dimuatnaik dalam Youtube peribadi atau pihak ketiga dengan menggunakan format di bawah:
FAMB2024_NamaPoliteknik/Kolejkomuniti_NamaProduk/Idea
(Contoh: FAMB2024_PSS_Smart System)
Video yang dimuatnaik hendaklah ditetapkan pada tetapan Public bagi membolehkan jawatankuasa juri mengakses video tersebut.
Peserta dikehendaki menghantar link URL video Youtube tersebut kepada pihak penganjur melalui pautan https://forms.gle/CMqhYvondSby2tug7
Video yang telah dimuatnaik adalah menjadi hak cipta terpelihara FAMB 2024.
PENJURIAN PERTANDINGAN
PUSINGAN PERTAMA
Penjurian pertama adalah berdasarkan video pitching yang dihantar oleh peserta pada tarikh yang dinyatakan.
PUSINGAN AKHIR
10 penyertaan terbaik (Pitching Product Idea/ Pitching Product) akan dipilih dan perlu menjalani Final Pitching yang akan diadakan secara bersemuka pada 28 Ogos 2024.
Taklimat awal akan diadakan kepada peserta akhir.
Para peserta digalakkan membawa prototype atau produk inovasi (sekiranya ada).
Penjurian adalah berdasarkan rubrik pemarkahan yang akan dimaklumkan kepada peserta akhir.
Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang aduan tidak akan dilayan.