Untuk mencapai KPI JPPKK di bawah strategi peningkatan program TVET berimpak di mana pensyarah dan pelajar mempunyai daya cipta dalam penyelidikan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat antarabangsa.
Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan (niche area) politeknik masing-masing setanding industri sebenar.
Memperkasakan warga politeknik dan kolej komuniti khususnya dengan hasil kajian dan kemahiran yang terbaru di dalam bidang di bawah industri pertanian dan industri makanan serta TVET.
Menyediakan platform untuk penjanaan dan perkongsian ilmu serta pengalaman bersama peserta dari pelbagai peringkat dan disiplin.
Membudayakan penyelidikan dan menghasilkan penulisan ilmiah.