Peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang menyertai program in akan mendapat pendedahan dan pengalaman dalam pertandingan melalui perkongsian hasil kajian dan inovasi yang telah dilakukan. Program ini juga diharapkan dapat membuka mata industri kepada kepakaran dan kebolehan yang ditonjolkan oleh pensyarah dan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam pembangunan modal insan yang menjadi faktor utama untuk melahirkan institusi yang mampan dan graduan TVET tersedia masa hadapan, bercirikan warganegara global serta berkemahiran tinggi seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025. Peralihan ke arah institusi mampan perlu mencerminkan keadaan sosial, persekitaran budaya dan ekonomi berdaya maju di mana kesemua ini telah diserapkan dalam sebuah program iaitu Festival Agro Makanan dan Bioteknologi 2024 (FAMB 2024). Melalui e-prosiding yang akan diterbitkan dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama menimba ilmu dan kemahiran dalam bidang agroteknologi dan bio-industri.