PERTANDINGAN INOVASI PRODUK
Pertandingan inovasi produk yang dihasilkan oleh pelajar politeknik dan kolej komuniti serta institusi pengajian tinggi yang berminat. Peserta diminta untuk menyediakan poster pertandingan dan sesi pembentangan produk inovasi tersebut dijalankan secara bersemuka. Projek inovasi adalah berdasarkan kategori berikut
Kategori A
Bioteknologi, Teknologi Makanan, Teknologi Hijau dan Teknologi Kimia
Kategori B
Agroteknologi, Akuakultur dan Hortikultur Landskap
Kategori C
Sains Sosial (Pertanian/TVET), Sains Persekitaran dan Pendidikan (Pertanian/TVET)
Kategori Khas
Sijil Asas Kolej Komuniti
PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN
Pembentangan kertas penyelidikan ini akan dibentang dan dinilai secara atas talian pada 22 dan 23 Ogos 2024.
PERTANDINGAN PITCHING PRODUK
Pertandingan pitching produk diadakan dalam dua (2) kategori iaitu idea dan komersial. Pitching produk (idea) dan komersial dibuka kepada semua peserta yang menyertai pertandingan inovasi / pertandingan produk jualan. Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk pitching bagi mendapatkan dana yang akan digunakan untuk merealisasikan idea tersebut kepada perniagaan syarikat pemula dan untuk mengkomersialkan produk tersebut.
PERTANDINGAN JUALAN PRODUK AGROPRENUER
Pertandingan jualan produk agropreneur diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menguji pasaran produk mereka. Pemenang akan diambilkira daripada tiga (3) booth yang mencapai jualan (RM) tertinggi dan tiga (3) booth yang mencapai unit (kuantiti) jualan tertinggi. Saguhati turut diberikan kepada 5 kumpulan yang terpilih berdasarkan beberapa kriteria.
SMART COMMUNITY PROGRAMME (SCP)
SCP on Sustainable Mangrove Restoration akan diadakan di Kampung Sungai Daling Luboh, Batu 12 Sandakan. Kerjasama ini merupakan kerjasama bersama Pusat Penyelidikan Perhutanan Sandakan, Tokio Marine Insurance, International Society Mangrove Ecosystem (ISME), World Wildlie Fund for Nature (WWF) dan Asia Aquaculture (M) Sdn Bhd. Semasa program ini, para pelajar akan menanam anak pokok bakau bagi memelihara dan memulihara kawasan bakau dalam memastikan kelestarian biodiversiti ekosistem marin.