TEKS PROSA
Prosa ialah sebarang bentuk tulisan atau karangan atau pengucapan yang tidak mempunyai corak atau irama yang tertentu. Prosa dapat dibahagikan kepada prosa tradisional dan prosa moden. Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa tradisional termasuklah pelbagai cerita yang tergolong dalam cerita rakyat, misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita asal usul dan epik.Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa moden pula termasuk cerpen, novel dan skrip drama.
PROSA TRADISIONAL
Cerita Penglipur Lara
Cerita penglipur lara merupakan suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan secara lisan oleh tukang cerita yang disebut sebagai penglipur lara. Sesuatu cerita penglipur lara biasanya mengambil masa yang agak panjang untuk diceritakan.Kebanyakan cerita berkisar istana, tentang kisah anak-anak raja yang mempunyai pelbagai keistemewaan dan kesaktian. Pada umumnya, anak-anak raja itu mempunyai pembantu yang cukup setia yang berperanan sebagai penyelamat. Cerita penglipur lara lazimnya bermuat pelbagai jenis puisi lama misalnya bahasa berirama, gurindam dan syair yang menarik sesuai dengan jalan ceritanya.
Contoh:o Hikayat Anggun Cik Tunggal
o Hikayat Raja Muda
o Hikayat Malim Deman
o Hikayat Awang Sulung Merah Muda
o Hikayat Malim Dewa
Cerita Jenaka Cerita Jenaka merupakan sejenis cerita rakyat yang bahan ceritanya diambil daripada kehidupan masyarakat biasa dan boleh terdiri daripada beberapa episod yang lengkap. Cerita jenaka bermuat kisah-kisah kejadian lucu yang ditimbulkan oleh pelakuan-pelakuan watak yang bodoh lagi lurus dan kadangkala cerdik. Fungsi cerita jenaka adalah sebagai hiburan, alat pengajaran dan pendidikan dan alat kritikan sosialContoh:o Pak kadok
o Pak pandir
o Lebai Malang
o Si Luncai
o Pak Belalang
Cerita Asal Usul Cerita asal usul merupakan sejenis cerita rakyat yang tertua. Cerita ini lazimnya sederhana panjangnya ianya bertemakan asal usul sesuatu benda, tempat, kejadian dan sebagainya yang biasanya berkait rapat dengan kehidupan manusia. Watak-wataknya pula terdiri daripada manusia haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Epik Epik merupakan prosa atau puisi panjang dalam bentuk naratif yang mengisahkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah atau tokoh negara yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau negara. Antara perkara penting dalam sebuah epik ialah : - Wira adalah tokoh yang penting dan mengagumkan, termasyhur dari segi sejarah dan tokoh legenda.
- Tokoh yang diceritakan memiliki sifat-sifat luar biasa, berani dan gagah perkasa.
- Kuasa-kuasa luar biasa seperti alat kesaktianturut mengambil bahagian dalam cerita untuk membantu tokoh dari semasa ke semasa.
- Latar ceritanya meliputi negara-negara besar di dunia atau alam semesta.
PROSA MODEN CerpenCerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas, panjangnya antara 500 hingga 15,000 patah kata. Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya dan sebagainya. Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya dari segi cerita yang berpusat pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas. Cerpen mengemukakan cerita dalam latar tempat yang terhad, jangka waktu yang pendek dan pertalian ceritanya tidaklah kompleks. DramaDrama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai watak-watak dalam kisah tersebut. Aksi dan dialog penting dalam drama, baik sebagai isi mahupun sebagai cara persembahan. Drama cuba menggambarkan satu aspek kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak. Lazimnya, skrip atau naskhah lakon drama memang dirancang untuk dipentaskan. Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara langsung dan tanpa henti pula. Itulah sebabnya sesuatu karya untuk drama tidak boleh terlalu panjang dan harus mempunyai tarikan yang kuat untuk memikat perhatian penonton. NovelAda pelbagai pengertian yang diberikan untuk novel. Namun secara umumnya novel bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Secara khususnya pula, novel merupakan suatu bentuk cereka yang mengisahkan peristiwa yang benar-benar berlaku atau yang imaginatif dengan penyertaan watak yang kesemuanya digarap menurut suatu pola tertentu. Novel berbezadaripada cerpen dari segi panjangnya dan penceritaannya tidak terbatas pada satu-satu watak. Selain itu, peristiwa-peristiwa dan latar yang terkandung dalam novel pun tidak terhad dengan mengambil jangka waktu yang panjang. Seterusnya pertalian cerita dalam novel lebih kompleks daripada cerpen.