EJAAAN
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu
Sistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem penulisannya sejak awal abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Za’ba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan. Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman).
Sistem Keselarasan Huruf vokal.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2008, keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku suku kata akhir tertutup. Di samping itu, prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut:
Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.
Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.
Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu,18 pola keselarasan huruf vokal seperti
berikut:
Kesalahan dalam ejaan biasanya terjadi disebabkan pengaruh ejaan bahasa Inggeris (di Malaysia) atau Belanda (di Indonesia)
Ejaan Lama di Malaysia
Petikan cerpen yang berjudul “Kesah Nana Maidin” karangan Asamin yang diterbitkan dalam Utusan Zaman 1954.
Maidin menjilat2 bibir-nya sendiri, tangan-nya di-kesat2kan pada kain sarong-nya. Kain sarong hijau yang di-lipatkan-nya itu itu memperlihatkan karat2 yang basah kering. Baju singlet-nya juga sudah separoh belapok dan di-jalori juga oleh warna kekuningan yang basah kering.
Contoh
Peristilahan Kata Bahasa Asing
Berlaku apabila istilah yang diperlukan tidak terdapat dalam bahasa Melayu atau bahasa yang serumpun, maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asing. Bagaimanapun penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaanya dalam bahasa sumber (yang disesuaikan dan diperlukan) dan penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Demi keseragaman, bahasa Inggeris telah diguna pakai sebagai sumber kerana sifatnya yang internasional.
Bagaimana penyerapan istilah asing?
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar; kesesuaian makna, lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya dan istilah yang dipilih itu mudah untuk diselaraskan, sekiranya mempunyai banyak sinonim dalam bahasa Melayu. Beberapa contoh penyesuaian ejaan. Kata dengan ejaan elect-
PENGIMBUHAN
Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk - bentuk (kata) lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan mempunyai bentuk iaitu: awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
i. Awalan: Merupakan morfem terikat yang dicantumkan pada bahagian hadapan sesuatu kata dasar. Oleh dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan kata adjektif.Contoh: penyanyi, memasak, terkecil.
ii. Akhiran: Merupakan imbuhan yang dicantumkan di belakang sesuatu kata dasar. Terdapat tiga bentuk akhiran, iaitu -an, -i dan -kan.
Contoh: minuman, marahkan, lawati.
iii. Sisipan: Merupakan imbuhan yang diselitkan di antara unsurunsur kata dasar
Contoh: gerigi, celoreng, telunjuk, semerbak
iv. Apitan: Merupakan imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada belakang kata dasar
Contoh: berpandangan, diawasi, meratapi, pelajaran
Penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu sangat penting kerana kesalahan dalam penggunaan imbuhan boleh menjejaskan maksud ayat yang ingin disampaikan.
PEMILIHAN KATA
Pemilihan kata/istilah yang betul dan tepat dalam penggunanan sesebuah ayat. Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataan. Ada yang bersifat kata tunggal seperti rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan dibentuk hasil pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Bahasa Melayu merupakan jenis bahasa yang bersifat aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivative iaitu jenis bahasa yang kebanyakan perkataan dibentuk melalui pengimbuhan. Dalam membuat ayat atau penggunaan bahasa Melayu komunikasi, ‘kata’ yang tepat dan betul dalam sesebuah ayat dan ujaran sangat penting. Ini kerana ketidaktepatan penggunaan kata dalam ayat akan menimbulkan maksud ayat yang salah atau janggal.
Contoh:
a. Pelajar itu bergerak laju
b. Pelajar itu berlari laju
Ayat (a) diatas kurang tepat dari segi penggunaan kata
kerjanya bergerak. Ayat (b) lebih tepat penggunaan kata kerjanya. Aspek pemilihan kata yang tepat ini merangkumi penggunaan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan sebagainya.
STRUKTUR AYAT
Merupakan isu yang mempunyai perbincangan yang sangat luas. Ia melibatkan kesalahan dalam sintaksis (ayat) seperti dalam penggunaan subjek dan predikat dalam ayat kemahiran pola ayat dasar bahasa Melayu dan mengetahui pelbagai bentuk struktur jenis ayat. Isu struktur ayat akan melihat kemahiran pelajar dalam aspek:
i. memahami konsep subjek predikat
ii. memahami bentuk pola ayat dasar
iii. memahami jenis-jenis ayat
iv. memahami ayat aktif dan pasif
Memahami struktur ayat dapat membantu kita untuk memahami mengapa sesebuah ayat itu salah atau betul dan seterusnya membetulkan kesalahan tersebut.
Bahagian Ayat: Dia (subjek) / membaca buku (predikat) Pola ayat: FN+FN: Ali / seorang pensyarah
FN+FK: Ali / menyepak bola
FN+FA: Ali / rajin.
FN+FS: Ali / ke pejabat
Ayat aktif: Saya menemui orang itu.
Aminah menemui orang itu.
Kamu menemui orang itu.
Ayat pasif: Orang itu saya temui.
Orang itu ditemui oleh Aminah.
Orang itu kamu temui.
JENIS AYAT
1. Ayat perintah
a. Suruhan: Mat, masuk ke dalam!
Telan ubat ini!
Jenguklah dia di hospital.
b. Larangan: Jangan ambil harta itu!
Awak tak usah pergi lagi!
c. Silaan: Jemput masuk ke dalam.
Sila beredar ke bilik seminar.
Silalah beredar ke bilik sekarang.
d. Permintaan: Minta tuan-tuan masuk ke dalam dewan.
Tolong senyap!
2. Ayat Tanya
Ayat tanya dengan kata tanya
Contoh: Siapa anaknya?
Siapakah anaknya?
Ayat tanya tanpa kata tanya
Contoh: Halim menangis?
Menangiskah Halim?
3. Ayat Seruan
a. Aduh, sakitnya kaki aku!
b. Wah! besarnya rumah itu.
c. Cis, rasalah tikaman ini!
Contoh struktur ayat yang telah diperbetulkan
1. Gadis itu berdiri sepuluh minit di tepi jalan
Gadis itu berdiri selama sepuluh minit di tepi jalan
2. Dinding rumah pecah-pecah dan luntur catnya itu yang sudah dibaiki.
Dinding rumah yang pecah-pecah dan luntur catnya itu sudah dibaiki.
3. Kehadiran pada Sabtu ini adalah wajib!
Kehadiran anda pada hari Sabtu ini adalah wajib.
PENGHUBUNG AYAT
Kesalahan pelajar dalam menyambung ayat menjadi ayat majmuk. Dalam isu ini, pelajar perlu mempunyai kemahiran dalam membezakan antara ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggal iaitu ayat yang mempunyai satu subjek dan predikat, serta tidak mempunyai kata hubung.
Contoh: Dia sangat cantik
Sementara ayat majmuk ada kalanya mempunyai dua subjek dan predikat atau lebih, dan mesti mempunyai kata hubung yang berfungsi sebagai penyambung ayat.
Contoh: Dia membaca buku sambil minum kopi
Ayat Tunggal: Dia membaca buku
Dia minum kopi
Ayat Majmuk: Dia membaca buku sambil minum kopi.
Nota: Ayat Majmuk: mempunyai bahagian yang banyak seperti ayat majmuk gabungan, majmuk pancangan dan majmuk campuran. Kemahiran menggunakan kata hubung merupakan asas dalam penulisan rumusan karangan. Contoh kata hubung: yang, dan, sambil, tetapi, bahawa, atau dan sebagainya.
Nota ringkas:
1. Ayat tunggal ialah ayat mempunyai subjek + predikat.
2. Ayat tunggal boleh digabungkan dengan kata hubung.
3. Kata hubung berfungsi mengabungkan dan mengaitkan subjek
atau predikat dalam beberapa ayat.
4. Contoh kata hubung: dan, sambil, serta, atau, tetapi, lalu, bahawa,
apabila, kerana, walaupun, supaya.
5. Ayat tunggal yang bergabung disebut ayat majmuk.
6. Ayat majmuk terbahagi: gabungan, pancangan dan campuran.