Penulisan esei tidak berformat ialah karangan yang tidak mempunyai format tertentu, iaitu bebas dari segi persembahan dan penulisannya. Walaupun begitu, karangan yang ditulis haruslah mempunyai pendahuluan, isi-isi, dan penutup. Ketiga-tiga komponen ini hendaklah mempunyai pertautan dan kesinambungan yang baik dari segi idea dan isi yang dikemukakan.