NAMA KURSUS: SENIREKA FESYEN 2
KOD KURSUS : SFP30094
PENULIS: NORASMAHAN ALI
SINOPSIS
Senireka Fesyen 2 ini memerlukan pelajar menghasilkan rekaan akhir sekurang-kurangnya satu (1) helai. Hasil rekaan ini menggambarkan idea reka bentuk berdasarkan sumber inspirasi dan kajian terhadap trend terkini yang dilakukan pada semester sebelumnya di dalam kursus Senireka Fesyen 1. Pelajar perlu membuat pola dan menjahit pakaian rekaan akhir dengan menerapkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Laporan perlu dibuat untuk merekodkan semua proses penghasilan rekaan merangkumi item kajian dan perkembangan idea yang disampaikan melalui penghasilan portfolio yang dibuat secara kreatif.
SILIBUS KURSUS
1) Pembuatan Pola
1.1 Memanipulasikan pola master dan pola akhir untuk rekaan akhir dengan menggunakan teknik manipulasi pola yang sesuai
1.1.1 Mendraf pola dengan menggunakan saiz M dan teknik pembuatan pola
Ukuran saiz M
Dada = 34
Pinggang = 27
Punggung = 36
Bahu = 14 3/4
Leher = 16
Garisan Tengah Belakang (GTB) = 15.5
Pingang ke lutut = 23
Pinggang ke punggung = 8
Mercu ke mercu = 6
Bahu ke mercu = 9
1.1.2 Membuat pengubahsuaian pada pola kerja (working pattern) untuk mendapatkan pakaian yang selesa dan sempurna.
Rujukan:
1.1.3 Menghasilkan pola akhir yang lengkap dengan tanda-tanda pola
Penerangan Label dan Tanda-Tanda pada pola
Ira lurus - Tanda ini diletak mengikut ira lurus selari dengan tepi fabrik.
Tanda lipatan - Tanda ini hendaklah diletak pada lipatan fabrik.
Garis tengah belakang - Menunjukkan garis tengah belakang.
Garis tengah hadapan - Menunjukkan garis tengah belakang.
Tanda imbang - Tanda ini memberi panduan apabila mencantum kepingan fabrik sebelum kepingan tersebut dijahit.
Garis gunting - Menandakan garisan yang perlu digunting.
Garis pemadan - Tanda untuk dijahit dengan mesin.
Tanda lisu hias - Menandakan lipatan untuk lisu hias.
Sebelah dalam - Menandakan sebelah dalam fabrik.
Sebelah luar - Menandakan sebelah luar fabrik.
Basi kelim - Ruang di antara garis menggunting dan garis pemadan yang berjarak 15 mm hingga 20 mm.
Lisu pemadan - Kedudukan lisu pemadan.
1.1.4 Menjahit toile rekaan akhir dan membuat proses fitting untuk mengenal pasti masalah fitting pada toile
1.1.5 Memperbaiki pola sekiranya terdapat perubahan selepas melakukan proses fitting sebelum menghasilkan pola akhir yang lengkap dengan tanda-tanda pola.
Pattern Alteration Process For Fashion Design
2) Penghasilan Pakaian Rekaan Akhir
2.1 Menjahit rekaan akhir dengan menggunakan proses menjahit, alat dan bahan yang sesuai
2.1.1 Menyediakan fabrik untuk rekaan akhir
Contoh jenis-jenis fabrik untuk disediakan
2.1.2 Menyusun atur pola akhir di atas fabrik dan menggunakan teknik memotong secara ekonomik bagi mempraktikkan penjimatan fabrik
Contoh gambar susun atur pola akhir korset di atas fabrik
2.1.3 Menjahit rekaan akhir dengan menggunakan peralatan dan teknik menjahit yang sesuai berdasarkan reka bentuk, bahan dan fungsi dengan cekap dan selamat.
Peralatan
--> Alatan mengukur dan fungsinya.
--> Alatan mendraf dan fungsinya
--> Alatan memotong dan fungsinya.
--> Alatan menanda dan fungsinya.
--> Alatan menjahit dan fungsinya.
--> Alatan menekan dan fungsinya.
--> Alatan mengacu dan fungsinya.
3) Portfolio
3.1 Mendokumentasikan proses-proses pembuatan pakaian rekaan akhir
3.1.1 Membuat laporan bagi proses pembuatan rekaan akhir
Contoh laporan bagi proses pembuatan rekaan akhir dalam Canva
3.2 Mempamerkan portfolio fesyen dan hasil kerja rekaan akhir mengikut konsep kajian rekaan
3.2.1 Mengumpul semua item kajian, storyboard dan moodboard, perkembangan lakaran idea, ilustrasi rekaan akhir, presentation board dan bahan promosi rekaan akhir di dalam portfolio yang mengikut konsep kajian
Semua item kajian, storyboard dan moodboard, perkembangan lakaran idea dan ilustrasi rekaan akhir :
--> SFP20063 SENIREKA FESYEN 1
Contoh pelajar-pelajar menyediakan bahan promosi rekaan akhir di dalam portfolio yang mengikut konsep kajian:
Business Card
3.2.2 Mempersembahkan rekaan akhir, portfolio, pola akhir dan toile.
Rekaan akhir:
Pastikan rekaan akhir sudah selesai dan siap untuk dipamerkan dalam fashion show. Pastikan setiap potongan pakaian sudah dibuat dengan rapi dan sesuai dengan konsep desain.
Portfolio:
Siapkan portfolio termasuk lakaran reka bentuk awal, proses pembuatan, dan foto-foto dari hasil akhir produk. Pastikan portfolio terlihat profesional dan menarik perhatian.
Pola akhir:
Pastikan pola akhir telah dipotong dengan betul dan telah disimpan dalam tas atau sampul saiz A3. Pastikan setiap pola diidentifikasi dengan jelas, termasuk ukuran dan deskripsi produk.
Toile:
Pastikan toile telah dibuat dengan betul dan disesuaikan dengan ukuran patung dummy yang akan dipakai. Toile harus tampak rapi dan menggambarkan desain akhir dengan baik.
Persiapan fashion show:
Pastikan model yang akan dipakai sudah disiapkan, termasuk rambut, makeup, dan sepatu yang sesuai. Pastikan juga panggung dan pencahayaan sudah diatur dengan baik.
Menampilkan rekaan akhir:
Saat fashion show dimulai, pastikan rekaan akhir, portfolio, pola akhir, dan toile siap untuk dipamerkan dengan tepat waktu. Pastikan setiap model memakai produk atau aksesori dengan baik.